ARTIKEL

 

CARA MUDAH MENULIS NOVEL DALAM BENTUK BUKU

 

CMMN HANYA RM 25.00 TAWARAN TERHAD

BUKU INI HANYA BOLEH DIBELI SECARA ONLINE SAHAJA DAN TIDAK DIJUAL DI MANA-MANA KEDAI BUKU

OLEH kerana masih ramai pembaca yang ingin mendapatkan buku CMMN yang fizikal, penerbit berusaha untuk menerbitkan ebook edisi kemaskini untuk dijadikan buku.

Mereka berpendapat buku CMMN mudah dibawa ke mana untuk dirujukan berbanding dengan ebook. Bagaimanapun penulis tidak menghampakan mereka yang masih meminati ebook sesuai dengan zaman yang serba serbinya digital.

Untuk itu, mereka yang ingin memiliki CMMN untuk edisi ebook masih boleh mendapatkan dengan harga tawaran tiga ebook berharga RM  50.00.

Manakala yang ingin memiliki CMMN dalam bentuk buku juga boleh mendapatkannya dengan harga RM 25.00 manakala urusan pos ditanggung oleh penulis.

Menariknya buku ini ditulis kata pengantarnya oleh Prof Madya Dr. Mawar Safei, Pensyarah Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

 

 

CARA PEMBELIAN CMMN

 

LANGKAH 1

Sila bank in ke salah satu akaun berikut:

MAYBANK

NAMA: MUHD NASRUDDIN DASUKI

NO AKAUN: 16211-5976-283

EMEL: mnasd_326@yahoo.com

atau

CIMB BANK

NAMA: MUHD NASRUDDIN DASUKI

NO AKAUN: 7603-994-331

EMEL: mnasd_326@yahoo.com

atau

BANK ISLAM MALAYSIA BHD (BIMB)

NAMA: MUHD NASRUDDIN DASUKI.

NO AKAUN: 120-100-2003-61250

 

SELEPAS BANK IN SILA WHATSAPP

SLIP PEMBAYARAN KE:

  013-3635560

DAPATKAN SEGERA SEBELUM  KEHABISAN STOK!

 

MENGHADAM NOVEL BERAT DAN NOVEL RINGAN

DARIPADA tajuk sesebuah novel, kita sudah dapat membayangkan sama ada novel yang kita beli atau sedang baca itu sebuah novel ringan atau novel berat/ilmiah. Novel ringan atau novel novel popular sekarang melambak-lambak di pasaran.

               Genre yang seperti itu jugalah yang menjadi kegemaran para penulis yang batu mmencuba menghasilakn novel. Tajuk-tajuknya mudah dan tidak perlu memaksa kita berfikir. Berbeza dengan novel berat atau ilmiah.

               Judulnya sahaja sudah membayangkan betapa memaksa kita supaya banyak berfikir. Contohnya seperti novel sasterawan Negara Datuk A.Samad Said seperti Hujan Pagi, Langit Petang dan seumpamanya.
Begitu juga dengan novel sasterawan negara yang lain seperti Arena Wati, Anuar Ridhwan dan beberapa orang lagi. Membaca novel mereka, memaksa kita banyak berfikir.

                Tujuan kita membaca novel yang ringan, hanya sekadar untuk mendapat hiburan dan bukan ilmunya. Dibaca hanya untuk suka-suka kebetulan minat sangat dengan novel cinta, seram, dan sebagainya.

               Apa yang jelas membaca novel ilmiah atau berat ini bukan hanya untuk suka-suka. Jika untuk suka-suka ia akan membosankan. Kecuali mereka yang membaca kerana mahu mencari ilmu dan mempertajamkan fikiran.
Kita akan membacanya dengan teliti. Bahkan untuk memahami apa yang hendak disampaikan oleh penulis novel ilmiah ini, mengambil banyak masa untuk faham.

                Sebagai orang yang ingin menulis novel sangat wajar untuk membaca kedua-dua jenis novel ini. Novel ringan dan novel ilmiah. Tujuannya supaya kita faham apakah yang hendak disampaikan oleh penulis novel popular dan penulis novel ilmiah.

                Sebagai permulaan, tidak salah jika kita hendak membaca novel yang sifatnya popular sekarang untuk belajar. Tetapi pada masa yang sama, ada baiknya juga cari sebuah novel yang sederhana ilmiah sebagai mencambahkan fikiran.

               Seperti juga dalam sesuatu masakan, ada manis, pedas, masam, masin dan sebaaginya. Apabila semua itu dicampurkan dalam satu masakan ia akan menghasilkan satu rasa yang lain, tidak manis sangat, tidak pedas dan tidak juga masin tetapi kena dengan selera orang yang menjamahnya.
Begitu juga bakal seorang penulis novel, harus tahu apakah yang diperlukan di dalam novel yang sedang digarapnya.

 

NAK TAHU CARA MENULIS NOVEL BEST SELLER

 

MACAM mana nak tulis novel yang bagus, menarik dan ‘best seller?”
Itu soalan yang selalu didengar oleh mereka yang hendak menghasilkan novel.

              Saya percaya ramai penulis memiliki pertanyaan yang hampir sama dengan soalan di atas. Baiklah. Jawapannya bolehlah disimpulkan demikian.

          Jika kita mahu menghasilkan sesebuah novel yang hebat, mesti bermula dengan membaca karya-karya yang hebat. Barulah kita tahu di mana hebatnya buku itu. Jika kita membaca novel hanya sekadar ingin tahu ceritanya sahaja, kita hanya akan dapat ceritanya sahaja tetapi tidak menemui kehebatan novel itu.

           Menulis itu seperti sedang berenang di kolam renang, di tasik, atau di sungai. Jika kita berhenti menguakkan tangan dan kaki untuk sampai ke tepian, sudah pasti kita akan mati lemas dan tenggelam.

          Jika kita sedang menulis, kemudian kita berhenti menulis, kita tidak akan mencapai kejayaan. Hajat untuk menjadi penulis akan mati seumpama perenang yang tidak lagi menguakan tangan dan kaki untuk sampai ke tepian.

           Hasil karya kita akan diwarnai dengan apa yang kita baca. Seumpama perenang sudah pasti akan mengambil apa yang diajarkan oleh jurulatih renangnya. Jika kita rajin membaca apa juga novel yang kita minati sama ada kisah seram, detektif, percintaan, motivasi, misteri dan sebagainya, kita akan mendapat inspirasi daripada apa yang kita baca

           Carilah apa yang ada dalam novel ‘best seller’ dan praktikkan apa yang anda temui itu dalam karya anda. Latihan berulangkali akhirnya akan menjadikan anda mampu melahirkan sebuah novel “best seller."

 

BEZA MEMBACA NOVEL BAGI DUA GOLONGAN

 

MEMBACA novel hanya sekadar ingin tahu isi cerita dengan membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu ketika nanti, ada bezanya. Membaca novel hanya sekadar ingin tahu cerita dan kesudahannya boleh dilakukan secara santai.

        Mungkin membaca novel boleh dilakukan ketika mengisi waktu lapang, waktu tidak sibuk atau sememangnya dikhaskan waktu untuk membaca novel dalam setengah atau satu jam. Selepas membaca dan tahu isi cerita novel, buku itu akan disimpam di dalam rak dan mengambil novel lain pula untuk dibaca.

        Jika novel itu membosankan, mereka akan membaca sekali lalu dengan cepat supaya cepat habis. Tetapi jika novel itu bagus, mereka akan membacanya satu persatu perkataan dan dapat membayangkan apa yang dibacanya di dalam kepala.

         Manakala mereka yang membaca novel dengan niat ingin menghasilkan sebuah novel satu hari nanti, mereka akan mengambil masa yang agak lama. Ada dua kemungkinan. Pertama sambal membaca, mereka akan meneliti cara pengolahan penulis, bahasanya, bagaimana menjalin plot, penyudahan dan sebagainya.

         Mereka akan membuat catitan sebagai panduan. Ini akan memudahkannya apabila ingin membuat rujukan ketika menulis novel.

         Kedua, mereka akan membacanya dengan teliti sehingga habis. Setelah mengetahui isi ceritanya, mereka akan membaca sekali lagi dengan tujuan untuk membuat catitan bagaimanakah penulis mengolah cerita dan sebagainya.

        Tugas seperti ini memakan masa lama. Ya, seseorang yang ingin membuat sesuatu sudah pasti sejak awal ia akan membuat kajian.

        Sebagai contoh, seseorang yang ingin membuat kek. Pastinya ia sudah tahu apakah bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat kek. Kemudian bagaimana mahu mengadun dan sebagainya.

        Selepas itu berapa lama masa diambil untuk menyiapkan sebiji kek. Jika dia membuat lebih daripada sebiji, berapa lama masa akan diambil dan tidak semua kek rasanya sama bahan yang sama.

         Secara ringkasnya, banyak kajian dibuat sebelum menghasilkan sesuatu produk. Ini berbeza dengan mereka yang ingin memakan kek. Mereka boleh beli di kedai, kemudian bawa balik, potong dan memakannya.

          Ingin menghasilkan novel juga begitu. Jika tidak tahu bagaimana mahu membuatnya, mereka akan belajar sama dengan menghadiri bengkel atau buku-buku mengenai penulisan novel.

          Membaca novel bagi kategori pertama tidak perlu berfikir dan memikir. Ia sama seperti membeli kek di kedai, bawa balik rumah, potong dan terus dijamah.

          Berbeza dengan kategori kedua.

          Mereka akan membeli bahan-bahan membuat kek di kedai, kemudian bawa balik rumah dan terus membuatnya. Jika difikirkan, tidak perlu bersusah payah membuat kek jika ingin memakannya.

          Begitu juga dengan menulis novel. Bagi mereka yang ingin menghasilkan novel sudah tentu akan berusaha dan belajar sehingga berjaya. Jadi, mereka yang ingin menghasilkan novel perlu banyak menghabiskan masa untuk belajar dan mengkaji sebelum menghasilkan sesebuah novel.

         Jika anda terus membuat novel tanpa persediaan, novel anda mungkin tidak sebaik jika anda belajar dulu. Sesudah anda memiliki ilmu, barulah anda menghasilkan sebuah novel.

          Ketahui teknik-teknik bagaimana mahu menulis novel supaya kerja anda tidak terbe gkala di tengah jalan.

 

MEMBACA SAMBIL MENCATAT

 

SEBAGAI calun penulis novel, ada beberapa tip yang perlu diambil perhatian jika benar-benar mahu menghasilkan novel. Seorang yang ingin menghasilkan novel juga semestinya membaca karya-karya penulis lain sebagai rujukan.

           Sebelum membaca sediakan pen, buku nota atau pen penanda (highlither). Ketika membaca sudah pasti anda akan menemui sesuatu yang perlu dicatat, tulis pada buku nota atau tanda dengan pen highliter apa yang anda tandakan itu suatu yang penting.

          Jika ada ayat-ayat atau falsafah yang menarik diselitkan dalam novel itu, pastikan bagaimanakan penulis menyelitkan falsafah atau kata0kata mutiara di dalam novelnya. Adakah ia ditulis di dalam dialog atau ayat penceritaan.
Begitu juga penggunaan ayat-ayat perbandingan.

          Sebagai contoh: Hatinya benar-benar bergelora apabila mendapat berita mengejutkan tidak ubah seperti geloranya air laut di mana dia sedang lihat di tepi pantai itu.

           Jika ada perkataan atau rangkai kata yang tidak difahami, sila catat. Selesai anda membaca, anda boleh dapatkan maksud atau rangkaikata itu dari kamus. Perlu juga dingat, sebagai penulis novel, buku Kamus Dewan wajib ada sebagai rujukan.

         Katakanlah anda sudah selesai membaca satu bab novel, sila buat catitan apakah yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam bab itu.

         Sebagai contoh: Redza bertemu dengan Salina di sebuah pusat membeli belah tanpa disangka. Secara kebetulan, Redza ada urusan dan Salina ingin membeli barangan di sebuah kedai di situ.

         Ketika mereka sedang berbual-bual, datang seorang lelaki menghampiri Salina. Lagaknya amat mesra dengan Salina seperti pasangan kekasih sedangkan Redza tahu, kekasihnya hanya Salina. Mana mungkin ada orang lain.

         Redza beranggapan lain tetapi dia cuba bertenang dengan tidak berprasangka buruk. Dia segera beredar. Sebenarnya Redza hanya bersembunyi di sebalik deretan kedai di pusat membeli belah itu. Dia mahu mengintip ke mana Salina dan lelaki itu pergi.

         Apa yang anda catatkan itu merupakan ringksan cerita daripada satu bab yang and abaca. Ana boleh mencatat secara ringkas apa yang hendak disampaikan oleh penulis di dalam bab itu. Kemudian anda boleh bayangkan bagaimana penulis boleh menlis sehingga tujuh atau lapan halaman hanya dengan berpandukan ringkasan bab itu.

          Ini sebenarnya latihan. Dari sebuah rangka cerita yang hanya lima atau enam paragraf, anda kembangkan sehingga menjadi satu bab dalam novel. Jangan anggap apabila anda membuat catatan seperti ini sebagai suatu yang leceh, banyak kerja dan menjemukan.

           Jika anda ingin belajar sesuatu daripada orang lain, inilah caranya. Anda mungkin tidak akan bertemu atau telefon penulis novel berkenaan untuk bertanyakan sesuatu yang anda ingin tahu.

           Ini merupakan satu usaha sendiri untuk menambahkan ilmu penulisan novel. Anda tidak boleh hentam keromo sahaja apa yang terlintas di kepala ketika itu. Jika ini anda lakukan, yakinlah baru setengah halaman anda menulis novel, idea anda sudah buntu. Ini kerana anda tidak ada garis panduan atau landasan.

          Komuter yang sedang berjalan jika tidak betul pada landasan, akan tergelincir. Begitu juga dengan menulis, tanpa panduan yang betul, menulis hanya sekerat jalan sahaja. Bayangkanlah bagaimana mahu menghasilkan 300-400 halaman sekiranya baru menaip di laptop baru satu muka, dia sudah terputus.

 

TIP CARA MENIKMATI NOVEL

 

BAGAIMANAKAH anda menikmati atau membaca sesebuah novel? Lain orang mungkin lain carannya. Saya yakin anda juga begitu. Kalau diperhatikan pelbagai gaya dapat kita lihat bagaimana orang menikmati sesebuah novel. Begitu juga kita melihat bagaimanakah seseorang sedang menikmati KFC di restoran?

          Apa yang hendak saya tuliskan di sini ialah pengalaman seseorang yang menikmati novel. Apakah yang dilakukan dan bagaimanakan dia menikmati seseuah novel. Mungkin apa yang diceritakan ini boleh kita ambil sebagai panduan.

            Mari kita ikuti ceritanya:
         SAYA tidak menetapkan berapakah banyak novel yang mesti dibaca dalam masa sebual atau setahun. Walaupun membaca satu hobi saya, bukan bermakna saya ada banyak masa untuk membaca novel.

          Oleh kerana saya bekerja, saya hanya menggunakan waktu terluang sahaja untuk membaca novel dan novel ini saya bawa ke mana-mana. Saya tidak mahu memaksa diri untuk membaca dan lazimnya saya membaca secara santai dan relaks.

          Tidak mahu tergesa-gesa menghabiskan sesuatu bab.
Sebab apa saya buat begitu? Sebab saya mahu menikmati pembacaan dan penghayatan sesebuah cerita tanpa gangguan. Saya mahu hayati betul-betul apa yang disampaikan oleh penulis.

           Jika ada pun babak-babak yang suspen, saya tidak mahu tergesa-gesa mahu mendapatkan jawapan apa yang akan berlaku seterusnya. Saya yakin dengan membaca secara santai, saya akan tahu juga apa kesudahan cerita.
Ada orang membaca novel sehari suntuk sudah selesai. Saya tidak. Tidak kisah empat atau lima hari, malah seminggu pun saya akan habiskan. Saya membaca secara perlahan, dan bukan selak-selak dan membaca beberapa paragraf sahaja.

             Bagai saya menghabiskan satu atau dua bab sehari sudah cukup. Jika ada mas terluang yang lebih, bolehlah tambah sehingga dua tiga bab lagi. Saya tidak mahu terbeban mahu cepat menghabiskan pembacaan. Kata orang biar lambat asalkan dapat nikmat!

             Walaupun saya ada dua atau tiga buah novel yang belum dibaca, saya tahankan dulu keinginan saya untuk membaca novel lain selagi apa yang dibaca tidak habis. Inilah cara saya yang sala amalkan sejak dahulu.

            Saya mudah ingat cerita yang saya baca. Meskipun novel itu sudah sebuulan dua saya selesai membaca, bila ditanya apakah ceritannya, saya mudah menjawab sebab saya membaca dengan santai dan memperolehi nikmatnya.

 

MASA YANG SESUAI MEMBACA NOVEL

 

ANDA pembaca tegar novel? Bilakah masanya anda membaca novel? Seorang calun penulis novel, juga sepatutnya menjadi pembaca novel yang tegar. Ada orang membaca ketika ada masa terluang, ada orang membaca ketika menunggu sesuatu. Menunggu orang, menunggu giliran di kaunter, menunggu ketibaan komuter, LRT, bas dan sebagainya.

        Membaca novel bukan ketika fikiran tidak tenang kerana kita tidak akan dapat menghayati apa yang sedang dibaca. Mata menatap novel tetapi fikiran melayang entah ke mana. Kalau ditanya apa yang kamu baca? Kita pun jadi mamai (keliru).

          Membacalah ketika fikiran tenang, mood baik, tidak ada masalah, pendek kata kita bebas daripada sebarang masalah dan gangguan.

          Adakah dalam masa seharian, kita ada waktu sebagaimana yang disebutkan? Atau mungkin kita sibuk dengan pelbagai urusan sehingga tidak ada masa untuk membaca novel.

           Ya, takkanlah dalam masa seminggu, kita tidak ada langsung untuk membaca novel? Pasti ada. Carilah masa yang tanang untuk membaca novel.

           Jika anda tidak ada masa, terfikirkah kita bagaimana penulis novel ada masa untuk menulis novel? Menulis novel tidak sama dengan membaca. Menulis novel memerlukan imaginasi tajam untuk menulis.

             Membaca hanya memerlukan masa. Anda tidak perlu menghadap laptop untuk menulis. Cukup dengan menghadap novel, akan akan tahu apa yang sedang anda baca. Untuk menghabiskan membaca novel, paling lama mungkin seminggu.

            Tapi untuk menulis novel, mustahil seminggu boleh siap. Ada yang memakan masa berbulan-bulan malah bertahun, barulah novel itu boleh terbit menjadi buku dan ditatap oleh orang lain. Bayangkanlah betapa sukarnya menulis novel.
            Ya, untuk menjadi penulis novel harus bermula dengan membaca novel orang lain.Agak aneh bunyinya, jika kita tidak pernah membaca novel, tiba-tiba kita hendak menulis novel! Ibarat orang tidak pernah naik kereta, tiba-tiba hendak memandu kereta.

            Ia harus bermula dengan naik kereta. Kita lihat bagaimana pemandu membawa kereta itu dengan cara pemanduan yang betul. Apabila kita yakin boleh bawa kereta, bolehlah belajar memandu supaya dapat tahu cara pemanduan yang betul dan mendapat lesen.

           Begitu juga dengan menulis novel, mula-mula membaca. Ketahui dahulu bagaimana seeeorang itu mengasilkan novel. Kemudian pergi belajar dan cari ilmu. Sudah tahu, barulah mula menulis novel.

          Tidak semestinya apabila kita sudah menyiapkan sesebuah novel, novel itu boleh dierbitkan. Mesti ada penerbit yang mahu menerbitkan. Mesti ada pengedar yang akan mengedarkan novel itu sehingga akhirnnya novel itu sampai ke tangan pembaca.

 

TULIS DIALOG LEBIH BERKESAN DARIPADA PENCERITAAN

 

KITA mungkin pernah membaca dalam novel di mana A sedang bergaduh dengan B. Tetapi penulis hanya menulis seperti berikut:

Dalam pertemuan yang tidak disangka-sangka itu, A dengan tiba-tiba membuat tuduhan melulu kepada B. B terpinga-pinga. Walaupun dia tahu selama ini hubungannya dengan A kurang baik tetapi tidak sampai hendak bergaduh.

Tanpa memperdulikan orang sekeliling, A menghamburkan kata-kata kesat.Wajahnya merah padam seolah bara api. B pula hanya mendiamkan diri. Dia hendak bersuara tetapi bimbang akan menjadi lebih hebat lagi.
Akhirnya B tidak dapat menahan perasaan. Dia menghampiri A dan melepaskan geramnya.

Begitulah seterusnya.
Sebagai penulis, alangkah baiknya jika adegan itu disertakan dialog. Yakni, dialog di antara A dan B. Butir-butir dialog itu biar jelas dan pembaca dapat menggambarkan apakah reaksi A dan B yang sedang bergaduh.

Sebagai contoh:

“Aku tak sangka, rupanya selama ini engkau yang menjadi gunting dalam lipatan, Siah!” Amirah bercekak pinggang. Dia berdiri hampir satu meter ketika pertemuan yang tidak disangka itu.

“Eh! Apa yang engkau cakap ni Mirah? Aku tak fahamlah…” Asiah nbersuara perlahan sambal sepasang matanya menoleh ke kiri dan ke kanan. Dia bimbang jika ada orang mengenalinya.

“Eleh….pura-pura tak faham? Senyap-senyap engkau keluar dengan Fatah, engkau buruk-burukan aku, kononnya aku ini tak tahu malu.

           Terhegeh-hegeh nakkan pelakon hensen tu! Sudahlah, aku dah tahu semuanya….” Amirah memandang ke arah lain.

Dia menyampah betul melihat sahabat baiknya satu ketika dulu, kini sudah menjadi musuh ketatnya. Peluang bertemu secara kebetulan di pusat membeli belah itu, tidak mdilepaskan peluang untuk menyatakan kebenaran.

“Kau ni dah difitnah, Mirah. Aku tak pernah pun kata seperti yang kau cakap tu!”

“Aku kenal siapa kau Siah…sudahlah. Mulai saat ini, kita putus kawan!” Amirah beredar.

Apabila dituliskan adegan seperti ini, pembaca akan mudah menangkap dan membayangkan bagaimanakah keadaan Amirah dan Asiah ketika. Adegan seperti inilah yang kita selalu lihat dlaam drama di kaca tv.
Babak pergaduhan bukan hanya melalui pemceritaan sahaja, tetapi penulis menggambarkan suasana sekitaran secara terperinci.

SEDIAKAN JADUAL SEBELUM MENULIS

SEBELUM menulis, ada atau tidak kita fikir kita ada masa nak menulis? mSaya yakin, anda mempunyai masa untuk menulis sebagaimana anda mempunyai masa untuk menonton tv, membeli-belah, bersiar-siar dan sebagainya.

Anda tidak perlukan masa berjam-jam untuk menulis. Cukuplah peruntukan masa sejam atau dua jam untuk menulis dalam masa sehari. Jika anda. hanya ada masa pada waktu malam untuk menulis, menulis lebih awal, mungkin anda ada masa tiga jam untuk menulis. Katakanlah anda mula menghadap komputer pada jam 9.00 malam dan berakhir pada jam 12.00 malam.

Jika masa yang sama anda kekalkan setiap hari untuk menulis, tidak mustahil anda boleh menyiapkan sebuah novel yang tebalnya sekitar 300 halaman dalam masa sebulan. Ini bermakna anda dapat menyiapkan satu bab setiap malam yang panjangnya kira-kira 8 – 10 halaman kertas A4.

Sebagaimana pelajar sekolah mengikut jadual setiap hari, menulis novel juga perlu mengikut dan mematuhi jadual yang disediakan untuk menjamin kelancaran menulis novel siap dalam masa yang ditetapkan. Untuk tujuan ini, anda mesti konsisten memperuntukkan masa untuk menulis. Saya yakin, anda boleh menjadi penulis novel yang cemerlang.

Bagaimanapun semua ini bergantung kepada anda menguruskan masa menulis. Di dalam ebook Cara Mudah Menulis Masa ada dijelaskan bagaimana anda menguruskan masa supaya novel yang anda hasilkan dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Kebanyakan penulis yang sudah banyak menghasilkan novel, menggunakan masa yang ada dengan sebaik-baiknya. Jika men’target’kan mahu menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan, mereka sudah membuat perancangan dan menepati jadual yang disediakan.

Menulis novel, harus memaksa diri untuk menghadap komputer setiap hari. Buang jauh-jauh sifat-sifat negatif yang mengatakan menulis hanya membuang masa dan tidak berfaedah.

 

www.sifubuku/blog.com

SUKARKAH MENULIS NOVEL?

SAYA tahu di luar sana ramai yang berminat menulis novel. Tetapi setakat berminat sahaja dan tidak berusaha untuk menghasilkan novel, impian tidak akan tercapai. Menulis novel memerlukan kesungguhan dan komitmen yang tinggi. Setakat ini apakah usaha anda untuk menghasilkan sebuah novel?

Saya pasti, anda ada kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah novel. Tidak terujakah anda apabila berkunjung ke kedai buku dan melihat novel yang anda tulis terusun rapi di rak-rak buku? Nama anda terpampang sebagai penulis novel berkenaan dan melihat novel anda sedang dibelek-belek oleh seorang pembaca.

Susah sangatkah ingin menghasilkan sebuah novel? Itulah pertanyaan yang sering saya terima ketika mengadakan bengkel penulisan novel. Bayangkan bagaimanakah seorang penulis novel boleh menghasilkan sehingga 20 lebih buah novel. Bukankah ia bermula dengan sebuah novel?

Menulis tidak susah bagi mereka yang sudah biasa menulis novel tetapi ia sangat susah bagi mereka yang pertama kali hendak menulis novel. Menulis novel bukan seperti menulis cerpen atau karangan. Menulis novel memerlukan panduan supaya kerja-kerja penulisan novel berjalan lancar dan tidak terputus idea.

Sebenarnya ada cara yang sangat mudah jika sdra mahu menghasilkan novel. Ebook Cara Mudah Menulis Novel yang saya hasilkan tentu dapat membantu mereka yang berminat menulis novel. Apa yang penting, anda mesti ada kemahuan untuk menghasilkannya.

BOLEHKAH TULIS NAMA DAN WATAK SEBENAR DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA menulis nama tempat dan lokasi sebenar, menulis nama watak sebenar di dalam novel juga dibolehkan. Tetapi ada kalanya dilarang atau ditegah. Jika menulis nama watak sekadar sampingan atau sekali lalu dan bertujuan untuik perkara yang baik, memang dibolehkan.

Sebagai contoh:
Ketika Farhana bersendirian itu, dia teringatkan kata-kata Datuk Haji Mohd Fadilah Kamsah ketika mengikuti ceramah yang dihadirinya minggu lalu. Menurut pakar motivasi itu, sesuatu perkahwinan bukan hanya sekadar perkongsian dua hati untuk melayari bahtera kehidupan tetapi meliputi pelbagai perkongsian termasuk perasaan, keluarga dan sebagainya.

Menuliskan nama watak sebenar di atas adalah secara sekali lalu sahaja yang bertujuan untuk kebaikan. Tetapi jika menulis dengan menggambarkan mengenai perkara yang negatif mengenai tokoh berkenaan adalah dilarang dan ditegah.

Bagaimanapun kita dilarang untuk menuliskan watak keseluruhan tokoh berkenaan atau tokoh-tokoh lain yang wujud tidak kita sama ada tokoh politik, tokoh perniagaan atau apa sahaja atau kita mengambil watak tokoh tersebut menjadi watak penting atau sampingan di dalam novel kita.

Apatah lagi jika kita membabitkan nama tokoh-tokoh berkenaan terbabit dengan skandal di dalam novel yang kita tuliskan. Walaupun novel itu hanya rekaan semata-mata, sebaik-baik supaya tidak timbal masalah, lebih baik wujudkan watak yang tidak ada kena mengana dengan sesiapa walaupun novel yang kita tuliskan itu berkisar mengenai tokoh politik, tokoh perniagaan atau apa sahaja.

Watak itu kita wujudkan sebagai mewakili watak dan bukan sebagai orang yang ditujukan di dalam novel berkenaan.

Sebagai contoh:
Semua teman-teman rapat Ayusari tahu, gadis bermata galak itu ada menjalin hubungan dengan Datuk (disebut nama datuk itu dan kebetulan nama datuk itu memang wujud) tetapi Ayusari sering menafikannya.

“Kau janganlah nak berbohong Ayu, datuk (sebut nama datuk itu) yang kaya raya tu sendiri yang beritahu pada kami, takkan dia nak berbohong. Katanya, engkau yang teringin Sangat nak rumah banglo di tepi pantai tu…,” pintas Laila, teman serumah apabila Ayusari enggan mengaku.

Jika ingin juga menulis nama datuk itu, biarlah nama datuk rekaan yang tidak wujud di alam nyata ini atau menujukan kepada seseorang.

Sebagai penulis, anda harus menjaga nama atau maruah orang-orang tertentu terutamanya nama-nama dan watak yang anda gunakan. Jika pun perkara itu memang benar-benar berlaku, sebaik-baiknya elakkan menggunakan nama orang popular atau terkenal untuk mengelakkan kontroversi.

Seperkara lagi yang perlu diambil perhatian ialah, penggunaan nama-nama watak. Jika kita mengkaji novel-novel A, Samad Said, beliau lebih gemar menggunakan nama yang sekali digunakan oleh orang lain.

Contohnya dalam novel Daerah Zeni. Nama-nama yang digunakan ialah Hamdar, Zedi, Zirah, Dol Zaleh, Ehran, Lazri, Zeni, Raja Dabet dan banyak lagi.

Nama-nama di atas mungkin agak pelik dan nama itu jarang digunakan. Tetapi apabila sekali sebut, pembaca pantas akan teringat novel berkenaan kerana hanya dalam novel itu sahaja watak itu disebut.

Berbanding dengan novel-novel lain, penulis lazimnya menggunakan nama yang sering dan mudah diingat, seperti Ismail, Ahmad, Abu Bakar, Fauziah, Mariani, Latifah dan sebagainya.

Bagaimanapun kebelakangan ini ramai penulis generasi baru lebih suka menggunakan nama-nama yang moden seperti Kaisara, Lestari, Qalida Qaseh, Mya Zara dan banyak lagi.

Penggunaan nama apa sekalipun tidak menjadi kesalahan tetapi sebaik-baiknya biarlah nama-mana itu berpadanan dengan wataknya. Sebagai contoh watak seorang pemarah, pendendam, penipu dan seumpamanya tentulah tidak sesuai menggunakan nama-nama seperti Muslim, Hidayat, Muhammad Abduh, Syed Al-Amin dan seumpamanya.

Kadang-kadang penggunaan nama-nama juga penting untuk mencorakan sesebuah novel. Sebuah novel yang bercirikan Islami, tentulah tidak sesuai menggunakan nama watak utama atau sampingan yang membawa maksud tidak baik melainkan jika nama-nama watak yang berperwatakan yang bertentangan dengan nilai murni.

www.mnasruddindasuki.blogspot.com

PERSEDIAAN SEBELUM MENULIS NOVEL

ORANG zaman dahulu sering berpesan kepada sesiapa yang ingin merantau supaya penuhkan ilmu di dada terlebih dahulu. Setelah penuh ilmu di dada, pergilah merantau di ceruk mana sekali pun. Tujuan mereka sekadar mengingatkan kerana sepanjang perjalanan merantau mereka akan berhadapan dengan pelbagai halangan.

Bagaimanakah hendak berhadapan dengan halangan itu jika kita tidak ada ilmu atau kepakaran untuk menghadapinya. Sebagai contohnya, apakah yang harus dilakukan jika ditahan musuh pertengahan jalan? Jika tidak ada ilmu mempertahankan diri, bagaimanakah mahu menghadapinya?

Begitu jugalah halnya dengan anda yang mahu menulis novel. Walaupun ilmu tidak penuh di dada tetapi sekurang-kurangnya ada ilmu sebagai bekalan menulis novel. Usah menulis novel dengan dada yang kosong, anda akan terkapai-kapai nanti.

Banyak persediaan boleh dilakukan jira ingin menulis novel. Saudara boleh mengikuti bengkel-bengkel penulisan novel yang diadakan secara percuma atau berbayar. Anda boleh juga mendapatkan buku-buku panduan menulis novel dan bertanya kepada mereka yang arif dalam penulisan novel.

Sekarang ini calun-calun penulis novel lebih beruntung kerana banyak syarikat penerbitan novel mengadakan bengkel penulisan untuk mereka yang mahu menghasilkan novel. Mereka akan dibimbing dan peluang untuk novel diterbitkan sangat cerah.

Penuhkan ilmu di dada dengan ilmu penulisan novel, setelah itu mulakan lakukan praktikal menulis sebuah novel. Nescaya perjalanan anda untuk menghasilkan sebuah novel tidak akan berhadapan dengan banyak kesukaran.

Tanpa persediaan menulis novel, bukan bermakna tidak boleh menghasilkan novel. Anda masih boleh menghasilkan novel tetapi hasilnya ibarat masakan yang tidak cukup resepi. Ia masih boleh dimakan tetapi mungkn sesuai untuk hidangan sendiri sahaja.

Cuba fikirkan contoh ini.
Seseorang yang ingin masuk ke gelanggang persilatan tetapi tidak pernah belajar bersilat dengan betul, tidakkah langkahnya akan sumbang berada di gelanggang. Orang yang tidak tahu ilmu persilatan mungkin tidak nampak di mana sumbangnya. Tetapi bagi mereka yang bersilat, sudah tentu dapat mengesan di manakah kesilapannya. Begitulah analoginya jika menulis novel tanpa ilmu dan persediaan.

Di sini disertakan beberapa tip-tip sebagai persediaan jika ingin menulis novel.

1. Mesti memiliki minat untuk menulis novel.
2. Sebelum menulis novel ádalah lebih baik melatih diri menulis cerpen.
3. Banyak membaca novel-novel dari pelbagai kategori seperti novel kanak-kanak,
remaja, dewasa, novel seram, novel cinta, novel sejarah dan sebagainya.
4. Dapatkan panduan menulis novel sama ada dari buku-buku atau bengkel penulisan.
5. Berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah berjaya menulis novel.
6. Yakinkan diri saudara mampu menghasilkan novel.

Tip di atas adalah sebahagian persediaan yang penting tetapi jika ada peluang untuk mendalami ilmu mengenai penulisan novel jangan lepaskan peluang mengikutinya.

Bukan mustahil jika saudara ada nama di dalam penulisan novel, anda tidak perlu mengemis kepada penerbit untuk menerbitkan novel saudara. Malah pihak penerbit novel sendiri mempelawa saudara menulis novel untuk syarikat mereka.

Apa yang penting sekarang, buktikan anda mampu melakukannya.

BAGAIMANA MENULIS NOVEL UNTUK SAYEMBARA

APAKAH bezanya menulis novel untuk sayembara dan bukan untuk tujuan sayembara? Sekali imbas memang tidak ada bezanya tetapi jika diperhatikan ia memang ada perbezaannya.

Mereka yang pernah menulis novel untuk tujuan sayembara mungkin dapat membezakannya tetapi jika tidak pernah menyertai sayembara novel mungkin sukar untuk membuat perbandingan.

Bagaimanapun secara mudah, perbezaan menulis novel untuk sayembara dan bukan sayembara boleh dijelaskan seperti berikut.

NOVEL SAYEMBARA

Novel sayembara mengandungi syarat dan peraturan yang sudah ditetapkan oleh pihak penganjur.

Di antara syarat-syaratnya ialah:
a) Penganjur menetapkan tema yang perlu ditulis.
b) Penganjur menetapkan jumlah perkataan yang mesti ditulis.
c) Penganjur menetapkan tarikh tutup penyertaan.
d) Manuskrip yang menyertai pertandingan sama ada memang atau tidak akan menjadi hak penganjur.
e) Penganjur menyediakn penal yang akan menilai novel sayembara untuk dinilai bagi dipilih untuk memenangi sayembara berkenaan.
f) Pemenang akan diberikan hadiah seperti wang tunai dengan jumlah yang ditentukan.

NOVEL BUKAN SAYEMBARA

Novel yang bukan tujuan sayembara, tidak ada syarat-syarat tertentu untuk diterbitkan. Bagaimana ia masih tertakluk kepada syarat-syarat lain yang dipelrukan oleh pihak penerbit seperti penerbit mahukan novel yang berkisar dunia remaja, dewasa, kanak-kanak dan sebagainya.

a) Tidak ada tema yang ditentukan, kebanyakannya tema umum.
b) Tidak terhad panjang atau pendek novel berkenaan dan tiada keretapan jumlah halaman.
c) Tidak ada tarikh tutup dan novel ini boleh ditulis pada bila-bila masa asalkan penulis ada waktu untuk menyiapkan.
d) Manuskrip yang dihantar akan dinilai oleh penerbit, jika sesuai novel akan diterbitkan dengan terma-terma perjanjian yang sudah ditetapkan.
e) Tidak ada hadiah diberikan tetapi jika novel mendapat sambutan dan diulang cetak penulis berpeluang mendapat royalti yang lebih.

PERBEZAAN LAIN

Menulis novel sayembara memerlukan lebih banyak kajian dan perlu berhati-hati supaya novel yang ditulis tidak terkeluar dari landasan atau syarat yang ditetapkan. Jika novel terkeluar dari syarat-syarat yang ditetapkan, ia secara automatik akan dikeluarkan dari pertandingan.

Selain itu penulis terikat dengan syarat dan tidak bebas untuk mengeluarkan idea tetapi jika penulis seorang yang kreatif, banyak membuat kajian, tidak mustahil ia akan dipilih sebagai pemenang.

Terdapat sesetengah penulis novel tidak sanggup menulis novel untuk sayembara kerana tidak mahu terikat dengan syarat-syarat yang diberikan kerana mereka berasakan tidak bebas untuk berkarya.

Bagaimanapun terdapat sesetengah penulis yang hanya menulis novel untuk sayembara kerana ia berkemampuan untuk memenuhi syarat-syarat yang diberikan. Justeru tidak hairanlah penulis seperti itu kerapkalu memenangi sayembara kerana sudah berpengalaman menyertainya.

Walaupun menulis novel untuk sayembara memerlukan kajian, bukan bermakna menulis bukan bertujuan untuk pertandingan tidak perlu memerlukan kajian. Novel ini masih memerlukan kajian supaya apa yang ditulis itu tidak terawang-awang dan tidak berpijak di bumi nyata.

Ada setengah berpendapat mengatakan , novel yang dihasilkan oleh sayembara sudah terbukti novel berkenaan baik mutunya dan boleh dibuat rujukan kerana telah dinilai dan diuji oleh panel berpengalaman di bidang itu. Itu memang tidak dinafikan. Novel sayembara yang menmang adalah yang terbaik di antara sekian banyak yang menyertai sayembara.

Jika dibandingkan dengan novel-novel yang tidak memenangi pertadingan, ada kemungkinan novel itu masíh ditahap sederhana mutunya. Tetapi bukan bermakna tidak baik tetapi kadang-kadang oleh kerana publisitinya, novel yang tidak pernah menang pertandingan lebih laku jualannya.

Walau apapun di dalam perkara ini, jalan cerita di dalam novel itu yang menepati citarasa pembaca pada zamannya berpeluang dicetak berulangkali. Kesimpulannya, jika seseorang penulis novel ingin menguji sejauh mana kemampuannya menulis novel, lebih baik menyertai sayembara.

Seorang pelari yang baik, adalah pelari yang sering memenangi pertandingan lumba lari dengan jumlah catatan yang kerap memecah rekod, berbanding dengan mereka yang berlari untuk tujuan mengeluarkan peluh dan menjaga kesihatan.

PERSEPSI MENGENAI NOVEL CINTA

APABILA di sebut ‘Novel Cinta’, apakah sebenarnya yang terbayang di ruang fikiran anda? Jika ditanya kepada sepuluh orang pembaca, mungkin mereka akan memberikan jawapan yang berlainan. Mungkin juga mereka akan memberikan jawapan yang hampir-hampir sama.

Tetapi lazimnya, apa yang terbayang di ruang fikiran kita ialah novel cinta, novel yang memaparkan kisah cinta, temanya cinta, bahasanya cinta dan segala-galannya cinta. Oleh kerana tema cinta hampir dirasai oleh kesemua orang, tema itu dianggap popular dan mendapat tempat teratas di kalangan pembaca.

Novel cinta kebiasaannya tidak dapat lari daripada perkara-perkara berikut:

1. Cinta tiga segi di mana, dua lelaki berebut seorang wanita atau dua wanita berebutkan seorang lelaki.
2. Cinta adik angkat kepada abang angkat.
3. Cinta anak angkat dengan ibu angkat atau sebaliknya.
4. Cinta anak tiri dengan ayah tiri dan sebaliknya.
5. Cinta anak saudara dengan bapa saudara atau sebaliknya.
6. Cinta orang tua dengan orang muda.
7. Cinta dua darjat antara miskin dan kaya.
8. Cinta di antara sepupu.
9. Cinta yang tidak direstui keluarga.
10. Cinta kerana ingin membalas dendam.
11. Cinta kerana mahukan harta.
12. Cinta siber.
13. Cinta antara dua benua.
14. Cinta berlainan agama.
15. Cinta di antara suami dan isteri orang.
16. Cinta seberang.
17. Cinta monyet.
18. Cinta songsang.

Apa yang dicatatkan di atas adalah sebahagian daripada puluhan kisah cinta yang berlaku di dalam masyarakat kita. Bacalah novel-novel cinta, sudah pasti salah satu daripada yang dicatitkan di atas menjadi temanya.

Tema-tema cinta seperti di atas merupakan kisah cinta yang sudah biasa ditulis sejak dahulu sehingga sekarang. Jika kita hendak menulis juga novel cinta, sudah tentu tidak ada bezanya dengan novel-novel cinta yang pernah diterbitkan.

Lazimnya, novel-novel cinta yang menjadi kegemaran pembaca adalah novel yang berakhir dengan kekecewaan pada watak-wataknya. Mereka tidak sempat untuk menjejak ke pelamin dan arus perintaan mereka sentiasa berliku sebelum mencapai kejayaan atau kegagalan.

Boleh dikatakan hampir setiap orang mengalami detik percintaan yang berbeza. Bagi mereka yang mampu menghasilkan novel, mereka akan curahkan pengalaman yang di dalam novel. Ini kerana peristiwa itu lebih ‘real’ dan bukan imaginasi penulisnya.

Jarang ada penulis novel cinta mampu lari daripada kisah yang dicatitkan di atas. Jika mereka menulis novel cinta, kisah itu akan berputar-putar pada kisah yang kebiasaannya dialami oleh semua orang.

Jarang sekali ada penulis yang yang mampu lari daripada persoalan cinta di atas. Contohnya, cinta kepaad Pencipta kita, Allah. Berapa ramaikah di antara kita mampu menghasilkan sebuah novel cinta terhadap Allah, segala-galanya kepada Allah?

Tidak semua penulis mampu menulis kecintaan terhadap Allah. Kebanyakkannya cinta hanya sesama manusia. Jika tidak seratus peratus menulis novel cinta terhadap Allah, tentu tidak salah menulis novel cinta kerana Allah.

Jarang ada penulis novel cinta menulis kisah cinta lelaki dan perempuan bercinta kerana Allah. Kebanyakkan cinta yang ditulis bersandarkan nafsu, harta, kecantikan dan sebagainya.

Bukankah cinta terhadap Allah sesuatu yang bersifat kekal manakala cinta sesama manusia hanyalah bersifat sementara. Sebab itulah cinta selaku kecundang, tidak kesampaian dan salah seorang akan merana akibat panahan api cinta sesama manusia.

Selepas ini, cuba fikir-fikirkan menulis novel cinta semata-mata kerana Allah, bukan kerana didorong oleh nafsu atau harta benda.

PENGURUSAN MASA MENULIS NOVEL

WALAU APAPUN jenis pekerjaan, pengurusan masa yang betul amat penting dipraktikkan. Jika pengurusan masa tersusun dalam apa juga kerja yang dilakukan, ia akan siap dalam tempoh yang ditetapkan. Masalah tidak ada masa serta masalah-masalah lain yang mengganggu akan dijadikan alasan apabila kerja yang sepatutnya disiapkan, tidak terlaksana.

Begitulah juga dengan dunia penulisan. Tidak kira apa juga bentuk genre penulisan. Pengurusan masa yang betul memang penting. Ada penulis, menulis mengikut mood atau menunggu datangnya idea. Ada juga yang tidak memerlukan dua eleman itu. Apabila keinginan untuk menulis tiba, ia akan duduk di depan komputer. Ketika itulah idea akan datang.

Bagi penulis sepenuh masa, mungkin tidak ada batas waktu tertentu menyediakan masa untuk menulis. Ia boleh menulis pada bila-bila masa yang ia mahu. Tetapi bagi mereka yang bekerja atau pelajar pada waktu siang, malam merupakan masa yang sesuai untuk menulis. Ini kerana waktu malam kurang sedikit ‘gangguannya’ berbanding waktu siang.

Ada beberapa tip yang mudah untuk diikuti sekiranya kerja-kerja penulisan mampu siap pada masa yang ditetapkan. Sama ada menulis cerpen, novel, drama, puisi, rencana dan sebagainya, jadual pengurusan masa mesti disediakan.

· Sediakan masa yang tepat untuk menulis. Contohnya dua jam atau tiga jam pada waktu malam. Bermula pada jam 9.00 hingga jam 12.00 atau jam 10.00 malam hinggá jam 1.00 pagi.

· Sediakan ‘dateline’ untuk menyiapkan satu-satu karya itu. Contohnya menulis novel. Novel akan disiapkan dalam tempoh sebulan atau dua bulan. Dua bulan, 60 hari. Tolak masa ‘gangguan’ jika ada, tinggal 45 hari. Katakan novel ada 45 bab. Bermakna, satu bab mesti disiapkan dalam masa seharí. Boleh?

· Satu bab, katakan ada 8 halaman. Tiga jam menulis bahagi dengan 8 halaman. Bermakna satu jam, mesti menulis sekurang-kurangnya 3 halaman kertas A4. Tidak bolehkah satu jam menulis tiga halaman, tentu boleh.

· Untuk memudahkan kerja penulisan, semua idea atau bahan rujukan untuk menulis mesti sudah ada di sisi.

· Sediakan sebotol air mineral botol kecil, untuk mengelakkan mengantuk ketika menulis. Minumlah sedikit jika rasa mengantuk dan meredakan ketegangan otak yang ligat berjalan.

· Amalkan menulis tiga jam satu malam, tiga halaman satu jam, satu bab satu malam. Lakukan berterusan setiap malam.

· Jika letih, amalkan berzikir dalam hati, berselawat atau pasang mp3 surah-surah tertentu dalam al-quran ( boleh di download secara percuma melalui Internet dan simpan dalam komputer) Ia boleh dipasang sebagai halwa telinga ketika mula menulis.

· Jika ada masa, sila semak hasil penulisan tadi sebelum menutup komputer, jira tidak ada masa, boleh semak jira ada masa terluang.

Walaupun setiap penulis ada cara tersendiri bagaimana menguruskan masa menulis, tetapi apa yang penting di sini ialah setiap kerja-kerja penulisan mesti berjadual. Ini untuk mengelakkan verja-kerja penulisan sering tertangguh dan tidak menepati masa yang ditetapkan oleh pihak yang mahukan karya kita.

Sekiranya ada penulis yang mempunyai gaya dan teknik tersendiri menguruskan masa menulis, adalah lebih baik jika pengalaman dikongsi bersama. Tambah pula kepada mereka yang baru berjinak atau ingin menjadi penulis, panduan seperti ini amat berguna.

Semoga tip yang diberikan di atas tadi memberikan sedikit sebanyak pengetahuan agar masa yang diperuntukkan untuk menulis tidak membazir begitu sahaja. Masa memang penting untuk berkarya, tetapi masa menjadi tidak penting jika tersalah urus.

JANGAN HANTAR MANUSKRIP YANG SAMA PADA DUA PENERBIT

BOLEHKAH menghantar satu manuskrip yang sama ke penerbit yang berlainan pada masa yang sama?

Jawabnya. Tidak boleh. Sama ada anda seorang penulis baru atau penulis yag sudah lama menulis, ada baiknya diambil perhatian perkara ini. Satu manuskrip novel hanya boleh dihantar kepada sebuah penerbit sahaja pada masa yang sama.

Anda boleh menghantar menuskrip yang sama kepada penerbit lain sekiranya penerbit yang pertama menolak novel anda itu. Tetapi jika ada belum ada hitam putih mengenai penolakkan, sila daptkan kepastian daripada penerbit pertama jika anda berhasrat untuk menghantar kepada penebrit lain setelah anda berasakan terlalu lama menunggu untuk diterbitkan.

Perbuatan menghantar satu manuskrip yang sama kepada dua atau tiga penerbit juga pada masa yang sama, adalah perbuatan penulis yang tidka sabar untuk mencipta nama. Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab, akan menyebabkan nama penulis berkenaan disenaraihitamkan.

Saya pernah menemui kes yang seperti ini semasa menjadi editor sebuah penerbitan. Seorang penulis yang ada nama melakukan perbuatan seperti ini tanpa memberitahu terlebih dahulu penerbit pertama sedangkan pada masa yang sama itu novel itu dalam proses untuk diterbit.

Mujur juga editor pada penerbit yang satu lagi ada memberitahu saya, penulis yang dimaksudkan itu ada menghantar manuskrip yang sama dengan penerbit lain. Bayangkanlah jika manuskrip novel yang sama , ditulis oleh penulis yang sama, terbit dalam masa yang sama?

Akhirnya manuskrip berkenaan terpaksa dikeluarkan daripada senarai novel yang akan diterbitlkan. Perbuatan ini merugikan penulis sendiri.

Bagaimanapun penulis boleh menghantar manuskrip yang berlainan kepada beberapa penerbit yang berlainan dan cerita juga berlainan. Itu pun jika penulis novel berkenaan bukan tertakluk kepada syarat-syarat hanya menulis novel untuk sesebuah syarikat penerbitan sahaja.

Penulis perlu menjaga nama baik sendiri supaya hasil tulisan kita tidak dipertikaikan oleh penerbit akibat kesabaran mahu mencipta nama dalam masa yang singkat.

TEKNIK MENULIS NOVEL YANG JARANG DIGUNAKAN

KITA mungkin pernah membaca atau belum, novel yang ditulis menggunakan sudut pandangan orang pertama pada satu bab. Kemudian pada bab seterusnya menggunakan sudut pandangan pertama juga tetapi watak yang berlainan. Begitulah seterusnya bab 3 atau 4 menggunakan nwatak-watak yang berlainan. Kemudian kembali semula kepada watak yang pertama pada bab awal tadi.

Sebagai contoh, pada bab 1, watak A akan memperkatakan hubungannya dengan watak B contohnya dan watak-watak lain, kemudian pada bab 2 pula Watak B akan memperkatakan hubungannya dengan watak A atau watak-watak lain.

Seterusnya pada bab 3, watak C pula memperkatakan hubungannya dengan watak A atau B. Untuk bab-bab seterusnya pengarang menampilkan setiap watak yang berbeza menggunakan sudut pandangan orang pertama iaitu ‘aku’ atau ‘saya’.

Menulis novel menggunakan teknik seperti ini agak rumit jika tidak biasa dan tidak membuat kajian terlebih dahulu. Sebab itulah ramai pengarang muda hari ini lebih suka menulis novel menggunakan sudut pandangan orang ketiga kerana ia lebih mudah untuk mengolah dan menyusun watak.

Bagi penulis baru, mereka boleh mencuba jika ingin mencari kelainan dalam karya mereka. Jika mereka kurang jelas teknik yang dibincangkan ini, cuba cari novel-novel lama yang menggunakan teknik sedemikian. Sepanjang pengetahuan saya, kebelakangan ini saya tidak menjumpai novel yang menggunakan teknik seperti ini.

Bagi mereka yang sudah biasa menulis novel, cuba-cubalah menggunakan teknik ini. Teknik ini tidaklah sesukar mana asalkan pengarang bijak menyusun cerita supaya ia tidak ‘tunggang terbalik’ dan memeningkan pembaca memahaminya.

HANTAR MANUSKRIP BOLEH GUNA EMEL

SAYA ada menerima beberapa emel yang bertanyakan, bolehkah manuskrip novel yang sudah siap dihantar kepada penerbit dengan hanya menghantar fail manuskrip dengan email sahaja tanpa manuskrip bercetak?

Saya jawab begini. Dahulu sebelum adanya teknologi internet, sememangnya manuskrip yang sudah siap dihantar kepada penerbit sama ada menghantar sendiri atau dengan cara mengepos manuskrip itu kepada penerbit.

Tetapi pada masa sekarang meskipun ada kemudahan teknologi, memang tidak salah menghantar manuskrip novel melalui emel sahaja. Saya sendiri menghantar manuskrip novel menggunakan emel sahaja dan sudah pun diterbitkan. Tetapi pada masa yang sama, saya juga sertakan manuskrip bercetak untuk memudahkan editor membuat penilaian, editing dan sebagainya.

Tujuan kita menghantar manuskrip menggunakan email untuk memudahkan penerbit tidak perlu menaip semula sekiranya manuskrip itu layak diterbitkan. Berbeza dengan zaman sebelum adanya internet, mansukrip bercetak perlu dihantar, apabila layak diterbitkan, manuskrip terpaksa ditaip semula. Ini sudah tentu membuang masa.

Walaupun menghantar manuskrip novel lebih mudah dan selamat dengan cara emel, tetapi perlu diingat membaca naskah novel dalam jumlah halaman yang beratus-ratus halaman, mungkin menjemukan sesetengah editor.

Sesetengah editor masih memerlukan manuskrip novel bercetak di samping manuskrip yang dikirim melalui emel sahaja. Bagi saya, cara yang sebaik-baiknya ialah mengirimkan manuskrip bercetak juga manuskrip yang dihantar melalui emel.

MANA LEBIH MUDAH? CERITA BENAR ATAU CERITA REKAAN

YANG manakah lebih mudah, menulis novel berdasarkan cerita yang sudah ada atau cerita yang direka sendiri? Berdasarkan kepada pengalaman penulis, menulis cerita berdasarkan cerita yang sudah ada adalah lebih mudah berbanding dengan cerita yang direka sendiri.

Ini kerana cerita yang sudah ada ibarat landasan atau laluan yang akan kita tempuh untuk ke satu-satu tempat. Bagaimana pula jika kita ingin ke sesuatu tempat sedangkan kita sendiri tidak tahu arah atau laluannya?

Hal ini samalah dengan menulis sesebuah novel sedangkan kita tidak tahu apakah cerita yang hendak dituliskan. Kita terpaksa mereka cerita, sesudah lakaran cerita iytu siap, barulah kerja-kerja menulis boleh dimulakan.

Cerita sedia ada yang dimaksudkan ialah cerita yang terdapat di dada-dada akhbar setiap hari. Kita boleh ambil cerita yang disiarkan itu kemudian diolah dengan cara sendiri tetapi masih berdasarkan cerita yang dipaparkan. Samada ada kita mahu ambil cerita itu keseluruhan atau kita menokok tambah, terpulanglah kepada kita untuk menuliskannya.

Cuma apa yang penting di sini, janganlah ambil cerita itu bulat-bulat, intipati cerita masih sama tetapi tukarkan nama-nama watak atau tempat. Sekiranya anda seorang yang bijak mengolah cerita, anda boleh empat atau lima cerita yang disiarkan di akhbar itu kemudian cantum dan susun semula sehingga ia menjadi sebuah cerita.

Saya percaya cerita itu akan saling berkaitan jika anda bijak mengolah. Sebagai contoh ambil kisah ini.

Cerita 1: Menegenai seorang peragut yang ditangkap polis.
Cerita 2: Mengenai seorang ibu dan anak yang hidup dan kemiskinan.
Cerita 3: Seorang wanita kaya yang sombong baru keluarkan wang dari mesin ATM kemudian diragut.
Cerita 4: Seorang anak kecil yang berpenyakit kronik dan perlukan wang untuk rawatan.
Ceriat 5: Seorang ibu tua di kampong yang bertahun mengharapkan kepulangan anak lelakinya.

Jika anda bijak mengolah, keratan akhbar di atas boleh diolah menjadi sebuah cerita.

MENGENAL PASTI KELEMAHAN NOVEL

MEREKA yang sudah biasa membaca novel, pasti akan dapat mengesan kelemahan sesebuah novel. Tetapi bagi pembaca biasa yang hanya sekadar ingin tahu cerita sesebuah novel, sudah tentu tidak dapat mengesan di mana kelemahan.

Mungkin mereka hanya akan berkata, “Cerita dalam novel ini tak menariklah.” Apabila diminta pendapat mengenai novel yang sudah dibacanya.

Bagi mereka yang bercadang menulis novel, apa yang akan diterangkan ini mungkin boleh dijadikan panduan.

1) Watak utamanya tidak aktif atau menonjol, sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol kecuali jika memang penulis sengaja mahu menjadikan watak utamanya lemah.

2) Tidak ada konflik besar atau kecil yang menjadikan jalan cerita boleh dipecah-pecahkan atau ia hanya sekadar sebuah cerita mendatar. Pergerakan ceritanya perlahan, tidak ada isu yang membuatkan pembaca tertanya-tanya atau sesuatu yang mengejutkan.

3) Pengarang kurang bijak di mana mahu mencetuskan konflik dan di mana mahu menyelesaikan.

4) Watak utamanya tidak digambarkan sesuatu yang hebat dan mampu berhadapan dengan pelbagai rintangan sebelum menempuh kejayaan.

5) Setiap bab yang dipaparkan tidak ada konflik seolah-olah ia sebuah cerita karangan yang tidak ada hubungkait dengan bab-bab sebelum dan sesudahnya.
Sebenarnya banyak lagi kelemahan jika hendak dikaji tetapi pada asasnya, apa yang diterangkan di atas boleh dijadikan panduan.

APA YANG DIMAKSUDKAN EMOSI DALAM NOVEL

BAGAIMANAKAH caranya untuk menimbulkan kesan emosi ketika menulis novel? Di antara kesan emosi yang ada di dalam diri manusia ialah marah, sedih, benci, geram, ego, sombong dan banyak lagi. Kesan emosi seperti ini sememangnya amat penting sama ada dituturkan di dalam dialog, monolog atau dalam ayat penerangan.

Untuk lebih berkesan ketika menuliskan babak marah misalnya, perlukah penulis mesti ada perasaan marah kmenulis novel itu? Bagaimanakah hasil tulisannya kerana ketika menulis, dia dalam keadaan santai? Tidak marah atau sedang ketawa.

Walaupun ketika itu penulis tidak dalam keadaan marah, sudah tentu sebelum ini penulis pernah merasai keadaan marah, contohnya marah kepada kawan, kepada isteri, anak-anak atau sesiapa sahaja. Dalam hal ini menjiwai perasaan watak adalah penting.

Pengalaman marah itu tentu sahaja boleh diaplikasi ketika menulis novel. Kata-kata atau dialog ketika seseorang sedang marah biasanya pendek-pendek, bernada keras di samping raut muka yang tegang berselirat.

Begitu juga dengan perasan lain. Penulis sudah tentu pernah mengalami detik romantik, sedih, geram, mencemaskan dan sebagainya. Ketika dalam suasana romantik, penulis sudah tentu dapat membayangkan apakah kata-kata yang wajar dilafazkan.

Bagaimanapun mungkin kesan emosi itu akan lebih ‘real’ jika ketika sedang menulis novel, pengarang benar-benar sedang dalam situasi marah, sedih, geram dan sebagainya.

Tetapi bagi sesetengah pengarang, bolehkah dia menulis ketika perasan marah sedang melanda jiwanya, begitu juga dengan emosi-emosi lainnya? Sesetengah pengarang hanya akan menulis ketika suasana tenang kerana ketika itu emosi boleh dibentuk dengan mudah, tetapi tidak mampu berkarya ketika fikiran sedang berserabut.

Sekiranya ingin menulis babak marah, pengarang akan membayangkan bagaimanakah perilakunya ketika dia sedang memarahi seseorang.

Sebagai kesimpulannya, boleh menulis ketika emosi seseorang sedang bergolak seandainya pengarang memang pernah melakukannya. Tetapi bagi pengarang yang tidka pernah melakukannya, kesan emosi dalam penulis boleh dilakukan dengan lebih penghayatan mata dan fikiran.

KETAJAMAN IMAGINASI DAN ILMU

DI DALAM konteks penulisan imaginasi merupakan ketajaman fikiran seseorang penulis untuk mewujudkan suatu suasana di dalam karya tanpa berada di tempat yang sedang digambarkan.

Sebagai contoh seorang penulis menggunakan imaginasinya sedang mengambarkan suatu keadaan di balai ketibaan sebuah lapangan terbang sedangkan ketika menulis itu dia sedang berkarya di dalam biliknya.

Selain menggunakan imaginasi (sebaik-baiknya penulis pernah berada di mana situasi itu sedang digambarkan), penulis boleh menggunakan gambar rakaman video, gambar-gambar dan medium lain yang berkaitan.

Sesudah memperolehi medium untuk menggambarkan suasana sedemikian, ilmu bagaimana untuk memindahkan di dalam bentuk tulisan amat penting. Jika diberikan tugasan kepada 10 orang untuk menggambarkan bagaimanakah keadaan balai ketibaan di seuah lapangan terbang, sudah pasti akan melahirkan 10 gambaran yang berbeza.

Untuk menjadi seseorang penulis yang berilmu di dalam berimaginasi, mereka sewajarnya luas pengalaman, banyak membaca, banyak mengkaji, rajin mengembara, berkomunikasi dengan ramai orang dan sebagainya.

Tidak semestinya seseorang penulis mesti berada di tempat di mana suatu gambaran hendak dituliskan di dalam novelnya, tetapi jika pernah berada di tempat berkenaan, itu adalah sebaik-baiknya.

Tetapi jika tidak pernah, selain menggunakan medium yang disebutkan di atas, penulis juga tajam pendengaran, tajam pemerhatian. Seseorang penulis akan dilihat ketajaman imaginasinya apabila dapat menggambarkan suatu keadaan dengan begitu ‘real’ sekali meskipun tidak pernah berada di tempat berkenaan.

BAKAT DAN MINAT DUA PERKARA BERBEZA

ADA orang minat menulis tetapi sesudah mencuba berkali-kali masih juga gagal. Ini kerana mereka tidak ada bakat. Minat dan bakat, dua perkara yang berbeza. Ada minat tidak semestinya ada bakat menulis.

Contohnya, daripada sekian banyak mereka yang menghadiri bengkel penulisan novel contohnya, hanya beberapa orang sahaja yang mampu menghasilkan novel. Yang lain kerana mempunyai minat tetapi tidak berkebolehan menulis kerana tidak ada bakat.

Bagaimanapun, jika ada bakat, minat wajib ada kepada mereka yang ingin menulis novel. Bakat boleh dipupuk, begitu juga dengan minat. Ada sesetengah orang yang tidak bemrinat dengan sesuatu perkara tetapi apabila didedahkan beberapa dengan perkara berkenaan, akhirnya mereka berminat.

Apabila sudah ada minat, bakat harus dipupuk. Ada sesetengah mereka yang tidak ada bakat tetapi apabila diberi pendedahan, akhirnya mereka berkemampuan untuk menulis.

Walaupun bakat dan minat dua perkara yang berbeza tetapi dua perkara ini boleh diletakkan di aras yang sama. Oleh yang demikian bakat dan minat harus seiringan jika ingin menghasilkan novel.

Minat ada tetapi bvakat tidak ada, novel tidak akan terhasil. Bakat ada tetapi minat tidak dipupuk selalu, akhirnya bakat akan lenyap begitu sahaja. Bayangkan di dalam satu-satu bengkel penulisan novel boleh dihadiri lebih kurang 40 orang, adakah kita yakin 40 orang ini mampu menghasilkan novel?

Jawapannya pasti tidak. Mungkin hanya beberapa orang sahaja yang betul-betul berminat dan berbakat akan muncul sebagai penulis novel yang berjaya.

PERLUNYA RUJUKAN SEBELUM MENULIS NOVEL

PERLUKAH seseorang penulis novel itu membuat rujukan atau pergi ke tempat di mana latar novel yang sedang dituliskannya supaya cara penyampaiannya lebih berkesan?

Saya sebenarnya banyak menerima soalan seperti ini daripada mereka yang bercadang menulis novel. Ada dua jawapan di sini. Pertama perlu dan kedua tidak perlu.

PERLU di sini membawa maksud, sekiranya penulis ada masa, ada sumber kewangan dan perlu membuat rujukan, ada baiknya ke tempat yang diambil sebagai latar sebuah cerita. Sebagai contohnya, peristiwa berlaku berlatar belakang Gunung Merapi di sebuah perkampungan yang teruk menerima kesan bencana itu.

Jika penulis ada peluang, ada masa, memang lebih baik pergi sendiri ke tempat berkenaan supaya latar cerita yang hendak disampaikan lebih ‘real’ seolah-olah penulis berada di tempat kejadian semasa letupan gunung Merapi berlaku.

Penulis akan dapat gambaran yang jelas, apakah sebenarnya yang berlaku dan bagaimana keadaannya setelah melihat dengan mata kepala sendiri. Tugas seperti ini sudah tentu memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Jika penulis ada kemampuan, apa salahnya.

TAK PERLU jika penulis tidak ada kemampuan untuk sampai ke tempat berkenaan. Rujukan boleh dibuat melalui keratan akhbar, internet dan sebagainya. Mungkin cara begini kurang ‘real’nya tetapi jika penulis tajam daya imaginasinya, sudah tentu ia akan lebih berkesan.

Ramai juga penulis yang menggambar latar sesuatu tempat tanpa pergi ke tempat berkenaan, tetapi mereka harus mencari sumber rujukan supaya tidak tersalah fakta. Sebagai contoh jika mahu menjadikan peristiwa letupan gunung berapi di kepulauan Indonesia, sekurangnya penulis mesti tahu, ada berapa jumla gunung berapi yang aktif di negara itu.

Di antara banyak gunung bereapi itu, gunung manakan yang paling tinggi dan yang paling aktif. Sebagai penulis, kita tidak wajar untuk membuat andaian tanpa berdasarkan rujukan. Jika ini dilakukan, ia akan menggambarkan bahawa penulis tidak membuat persiapan rapi sebelum mengambil satu-satu tempat sebagai latar dalam novelnya.

ISU CINTA HANYA PERENCAH DALAM NOVEL

SEORANG penceramah di dalam satu bengkel penulisan novel yang menjalankan kajian terhadap 50 buah novel yang dipilih mendapati 68% peratus novel yang dikaji itu memaparkan tema cinta. Menurutnya, oleh kerana novel cinta mempunyia nilai komersil, membuatkan semua penerbit novel termasuk DBP menerbitkan novel seperti ini.

Apa yang menyebabkan penerbit dan penulis menghasilkan novel sedemikian, kerana permintaan daripada pembaca sendiri yang mahukan novel yang ringan, tidak membebankan fikiran mereka dengan memikirkan novel yang berat-berat.

Di antara novel-novel yang termasuk di dalam senarai kajian merupakan novel yang sudah diulang cetak sehingga lapan kali. Ini membuktikan bahawa permintaan pembaca terhadap novel-novel seperti ini sentiasa mendapat tempat.

Tema cinta yang dimaksudkan di dalam kajian itu termasuklah sama ada cinta pandang pertama, cinta terhalang, putus cinta, cinta di antara dua darjat, cinta yang tidak kesampaian dan pelbagai lagi jenis cinta yang sememangnya dialami oleh setiap orang.

Walaupun ada novel-novel yang mengungkapkan isu lain yang lebih besar, namun isu cinta masih juga digarap sebagai penambah rencah resepi novel dan tidak lengkap jika sesebuah novel tidak diselitkan dengan isu cinta walaupun hanya dikesampaingkan.

Barangkali bukan satu yang wajar untuk menghalang para penulis novel supaya tidak menulis novel yang bertemakan cinta tetapi tema cinta wajar dijadikan bingkai sementara isu yang lebih besar dijadikan sandaran utama sesebuah novel.

Ibarat sesuatu resepi makanan, garam itu ibarat cinta yang harus ada tetapi jika terlalu banyak garam sudah tentu akan menghilangkan keenakannya kerana bahan-bahan lain juga harus ada cuma kuantitinya yang perlu diambil kira.

Kesimpulannya, keseimbangan isu cinta dan isu-isu lain wajar ditetapkan kuantitinya supaya sesebuah novel itu tidak lebih berat kepada cinta tetapi hanya sebagai perencah untuk menyedapkan cerita.

NOVEL YANG BAIK MESTI MEMILIKI NILAI

SEBUAH novel yang baik harus mempunyai nilai. Begitu di antara yang ditekankan oleh *Pengerusi laporan Panel Hakim Hadiah Sastera Exxon Mobil 2006 ada menyenaraikan beberapa nilai yang harus ada pada hasil karya yang baik. Nilai–nilai ini harus ada di dalam sesebuah karya sastera termasuklah novel.

Nilai-nilai yang dinyatakan itu ialah:
1. NILAI KOGNOTIF iaitu karya yang mampu menjana daya taakulan pembaca dan menawarkan pengalaman estetik.

2. NILAI PEMIKIRAN iaitu karya yang mampu mengemukakan karya positif, bervariasi atau sebaik-baiknya bervisi besar walaupun persoalannya berlatarbelakangkan tempatan, karya dapat juga berdialog di peringkat antarabangsa.

3. NILAI AKHLAK iaitu karya yang dapat menyumbangkan kepada pembinaan sahsiah khalayak.

4. NILAI KEPRIHATINAN iaitu karya yang peka terhadap aspirasi nasional, dinamika sosial dan isu kemanusiaan sejagat.

5. NILAI BAHASA iaitu karya yang memiliki bahasa indah, kreatif, imaginatif dan berkesan , kuat menunjang tema , bukan sahaja membawa makna cerita, bahkan bahasa itu sendiri merupakan idea, pemikiran dan ideologi.

6. NILAI KREATIVITI iaitu karya yang mengungkapkan idealisme dan pemikiran yang asli dan fasih serta berupaya membawa makna berlapis dan tafsiran yang pelbagai.

7. NILAI KESEIMBANGAN iaitu karya yang terbina secara harmonis antara subjek dan teknik dan pengolahan.

*(Warna Perang, Nor Azah Abd Aziz dan Rozlan Mohamed Noor, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd, 2007).

Bagi mereka yang bercadang menulis novel untuk sayembara, boleh menjadikan nilai-nilai yang disebutkan di atas sebagai panduan asas di samping memperbaiki lagi hasil penulisan supaya lebih mantap dan berjaya menarik perhatian ahli panel sayembara.

DIALOG ADALAH ISI HATI PENGARANG

APA jua dialog yang dihasilkan oleh penulis, kesemuanya adalah hasil dari hati nurani penulisnya. Jika dialog itu dituturkan oleh seorang pengemis, seorang pelacur, seorang tokoh agama dan sebagainya, semuanya dihasilkan dari hati nurani penulisnya. Penulis boleh menjadi watak apa sahaja di dalam novelnya.

Oleh yang demikian penulis wajar memiliki batasannya ketika menyelami watak-watak yang ditulisnya. Itulah kelebihan penulis yang jarang ada pada orang lain. Penulis boleh menjadi sepuluh watak atau lebih di dalam novelnya.

Sempadan atau batasan tidak wajar dicampur adukan. Sebagai contoh adegan seorang guru agama sedang menasihati seorang pelacur supaya bertaubat. Pada masa yang sama penulis menyelami watak guru agama. Ketika menyelami watak guru agama, penulis harus menjadi seorang guru agama dan bukannya seorang pelacur untuk menyampaikan tazkirahnya.

Selesai menyampaikan tazkirahnya, penulis juga kemudian menyelami watak seorang pelacur yang ingin kembali ke jalan yang benar. Pada ketika ini, penulis akan meletakkan dirinya sebagai pelacur.

Kadang-kadang tanpa disedari, pelacur pula yang memberi nasihat kepada guru agama untuk kembali ke jalan yang benar. Begitu juga sebaliknya. Bagaimanapun hal seperti ini jarang-jarang berlaku kerana sebagai penulis, mereka harus bijak meletakan dirinya pada pihak yang mana ketika berdialog.

Sebab itulah ketika menuturkan dialog harus ada pro dan kontra. Siapa yang pro dan siapa yang kontra, penulis juga yang menetapkan wataknya. Jika watak A yang kontra, watak B yang pro, jangan pula pada adegan selepasnya berlaku keterbalikan. Pembaca akan menjadi keliru. Bagaimanapun, hal-hal seperti ini akan dapat diperbetulkan setelah manuskrip siap, dan kerja-kerja membaca semula atau mengedit dilakukan sebelum manuskrip dihantar ke penerbit.

CONTOH DIALOG BERKONFLIK

Sebelum ini sudah dibincangkan mengenai dialog kosong dan dialog berisi. Kali ini akan dibincang mengenai dialog ada konflik dan dialog tiada konflik. Bagaimanakah ingin mengetahui dialog ada konflik dan dialog tiada konflik.

Dialog lazimnya diucapkan oleh dua watak atau lebih.Jika satu watak yang beridalog, itu dinamakan monolog dalaman, di mana watak akan berkata-kata dengan dirinya. Hal ini akan dibincangkan pada lain ketika.

Contoh dialog tiada konflik. Katakanlah A bertemu dengan B di sebuah pasaraya. Perbualan itu mungkin seperti ini.

“Kau apa khabar?” A bertanya.

“Baik. Kau pula apa khabar?” B menjawab dan bertanya soalan yang sama.

“Anak berapa orang?” A bertanya lagi.

“Empat orang. Dua lelaki dan dua perempuan.” B menjawab.

Contoh dialog di atas jelas tiadak ada konflik dan dialog kosong yang tidak ada konflik. Cuba pula bandingkan dengan dialog berikut. Kisahnya masih
sama, pertemuan di antara A dan B di sebuah pasaraya.

“Hei Kimi, apa khabar?” Haikal bertanya setelah lama tidak menegur.

“Baru sekarang nak tanya khabar? Selama ini bila kau nampak aku dari jauh, kau pura-pura pandang tempat lain. Kau ingat aku tak perasaan?” Hakimi menjawab sambil memandang wajah Haikal yang nampak berubah.

“Kau sengaja nak cari fasal, Kimi. Perkara dah lepas, biarlah lepas. Aku pun tak nak fikirkan peristiwa lalu. Aku ingat kau pun sama tapi nampaknya kau masih nak berdendam,” balas Haikal memandang kea rah lain.

“Aku tak boleh lupa apa yang pernah kau buat pada aku dulu, Sampai sekarang pedihnya masih terasa, kau tahu tak?”

“Bukankah aku dah minta maaf. Kau pun dah maafkan. Apalagi yang kau mahu?”

Dialog di atas ialah dialog berisi yang ada mesej. Babak di atas boleh dikembangkan pada bab-bab selepas ini dengan mewujudkan peristiwa yang telah berlaku sehingga tercetus adegan ini dan apa yang akan berlaku seterusnya.

Anda tentu boleh bezakan dua contoh dialog yang diberikan. Adegan di atas boleh diteruskan atau dimatikan sahaja di mana kesinambungannya ditulis pada bab-bab selepas ini.

Bolehlah dibuat kesimpulan, apabila dua watak sedang menuturkan dialog biarlah ada pententangan pendapat, barulah wujud konflik bukannya watak hanya mengiakan sahaja apa yang dikatakan oleh watak seorang lagi.

BAIKI KELEMAHAN MENULIS NOVEL

SEBAGAI penulis novel, mungkin kita sendiri tidak menyedari kelemahan novel kita tulis. Oleh yang demikian, para pembaca yang mahir sahaja dapat melihat di mana kelemahan novel. Sekiranya novel itu belum diterbitkan, mungkin ia boleh diperbaiki tetapi jika sudah terbit barulah disedari kelemahannya, cuba baiki kelemahan itu pada novel akan datang.

KELEMAHAN BAHASA
Kelemahan ini dapat dilihat sebaik sahaja kita mula membaca novel berkenaan. Sama ada bahasanya sesuai atau tidak dengan sasaran membaca, penilaian boleh dipastikan ketika ini.

KELEMAHAN PENGOLAHAN
Kelemahan seperti ini hanya dapat dipastikan apabila kita selesai membaca novel itu sama ada membaca sebehagian novel atau keseluruhan novel ini. Pengolahan yang tidak tersusun akan mengelirukan pembaca. Ini berlaku kerana penulis tidak menyediakan format atau garis panduan sebelum menulis novel.

KELEMAHAN WATAK UTAMA
Menenggelamkan peranan watak utama sebaliknya watak pembantu pula yang menonjol akan menjejaskan novel ini. Watak utama wajar diberi peranan yang lebih sesuai dengan wataknya, watak pembantu hanya sebagai pendokong.

KELEMAHAN JALAN CERITA
Penulis tidak mewujudkan persoalan atau konflik sehingga kelihatan perjalanan novel mendatar. Sebaik-baiknya perjalanan novel ada turun naik seperti geraf dan persoalan demi persoalan ditonjolkan sehinggakan pembaca tidka sabar untuk mengetahui apakah yang akan berlaku selanjutnya.

KELEMAHAN JIWA WATAK UTAMA
Watak utama digambarkan sebagai orang yang lemah, tidak bersemangat tidak sesuai dengan peranannya sebagai ‘hero’. Hero ialah orang yang kuat, tabah, sedia berhadapan dengan cabaran di mana akhirnya mencapai kejayaan walaupun pada awalnya lemah tetapi akhirnya bangkit dan mencapai kemenangan.

Apa yang dinyatakan di atas merupakan kelemahan sesebuah novel yang dapat dikesan. Tetapi sebenarnya banyak lagi kelemahan yang boleh diperolehi jika seseorang rajin membuat kajian.

Sebagai latihan, cuba baca sesebuah novel kemudian catatkan apakah bentuk kelemahan itu. Kemudian buat pula catatan bagaimanakah pula untuk mengatasi kelemahan itu. Penulis novel seperti juga manusia lain, ada kelemahan dan ada kehebatannya. Mencari kelemahan dan cuba mengatasi kelemahan itu akan mematangkan penguasan terhadap penulisan novel.

PENTINGNYA BAB AWAL NOVEL

JIKA anda berhajat ingin menyertai mana-mana sayembara menulis novel, jangan abaikan kepentingan bab-bab awal novel. Bab-bab awal novel seperti bab 1,2,3,4 dan 5 perlu diberi perhatian. Ini kerana bab awal merupakan magnet atau daya penarik untuk ahli panel membaca keseluruhan cerita.

Bayangkan jika bab 1 sehingga bab 4, ahli panel masih tidak dapat menangkap apa yang hendak disampaikan oleh penulis dalam novelnya. Kegagalan penulis akan menyebabkan ahli panel tidak meneruskan pembacaan kerana merasa bosan dan penulis lambat hendak menyampaikan mesej.

Perlu diingatkan setiap ahli panel bukan hanya membaca sebuah novel sahaja, mungkin lebih daripada 10 manuskrip. Untuk menjimatkan masa, hanya novel-novel yang menarik sahaja akan mendapat perhatian.

Sekira pada bab pertama, ahli panel sudah dihidangkan dengan kejutan, suspen dan mendebarkan sudah tentu ahli panel akan tertarik untuk mengetahaui apakah yang akan berlaku seterusnya.

Bagaimanapun untuk memastikan bab-bab awal mengandungi mesej dan kejutan, ia memerlukan kemahiran penulis mengolah cerita di mana setiap bab akan diakhiri dengan persoalan. Persoalan itu pula akan dijawab pada dua atau tiga bab selepas itu.

Untuk memahirkan diri mengetahui teknik seperti ini, penulis disarankan agar membaca novel-novel yang pernah memenangi sayembara. Kaji gaya penulisan, pengolahan, bahasa dan sebagainya.

Di dalam satu-satu sayembara pihak penganjur akan menerima puluhan manuskrip. Sekiranya manuskrip anda berjaya termasuk dalam sepuluh yang terbaik, di peringkat akhir, itu sudah cukup membanggakan.

Oleh yang demikian kepada yang berniat ingin menyertai mana-mana sayembara penulisan novel, pastikan bab-bab awal novel anda itu mampu memikat ahli panel untuk membaca sehingga ke akhir.

CONTOH DIALOG BERISI DAN DAIALOG KOSONG

APAKAH dialog berisi dan dialog kosong?

Dialog berisi ialah dialog yang mengandungi mesej yang hendak disampaikan atau dialog yang mengandungi konflik dan perlu diselesaikan. Manakala dialog kosong ialah dialog yang tidak mempunyai mesej atau konflik yang tidak perlu ditonjolkan. Dialog yang tidak penting ini kadang-kadang disebut juga ‘dialog klise’ yang tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Jika tiada, ia tidak menjejaskan jalan cerita.

Contoh dialog penting:

“Apakah pesakit skizofrenia ini akan mengalami kesakitan sepanjang hayatnya dan tidak boleh disembuhkan, doktor?” Encik Fairuz inginkan kepastian daripada doktor yang merawat anak gadisnya.

“Skiofrenia ialah penyakit kecelaruan mental yang serius di mana tanda-tanda seseorang itu akan mengalami kemerosotan tugas dan peranannya sebagai manusia yang produktif,” jawab Dr. Iz Taufik, doktor pakar yang merawat Iffah Filzah.

“Apakah penyakit ini boleh mempengaruhi pemikiran pesakit itu doktor?” Tanya Encik Fairuz lagi.

“Ya, pesakit yang menghidapi penyakit ini boleh mempengaruhi emosi, persepsi, tingkahlaku, personality dan pemikiran,” jawab Dr. Iz Taufik sambil memandang wajah Encik Fairuz yang resah memikirkan masa depan anak gadisnya.

Contoh dialog di atas adalah fakta yang memerlukan kesimbungan cerita apakah yang berlaku selepas itu dan apakah yang menyebabkan seseorang itu terjebak dengan penyakit itu. Kesimbangungan cerita di atas tidak semestinya berkahir pada babak berkenaan sahaja tetapi wajar juga diselitkan pada bab-bab seterusnya.

Contoh dialog kosong:

“Man, kau apa khabar, lama tak jumpa?” Idrus bertanya kepada Man ketika terserempak di sebuah pasaraya.

“Aku baik saja. Kau apa khabar? Sejak kita habis kursus setahun lepas, kau tak hubungi aku. Kerja di mana sekarang?” Man bertanya sambil bersalaman.

“Aku macam nilah. Sejak habis kursus keusahawanan dulu, aku bisnes kecil-kecilan. Tapi nasib aku malang, bisnes aku gagal,” ujar Idrus seolah-olah kecewa.

“Aku pulak masih kerja tempat lama. Jadi kerani cabuk, nak berniaga tak berani lagi, takut gagal macam kau,” balas Man.

Dialog di atas tidak ada mesej penting yang hendak disampaikan hanya sekadar bertanya khabar dan perkembangan terbaru di mana dialog seperti di atas sudah ‘klise’ atau sudah biasa.

Sebagai penulis novel cuba elakkan dialog yang tidak penting, apatah lagi tidak ada kena mengena dengan jalan cerita. Dalam erti kata lain, dialog itu tidak menjejaskan cerita jika ditiadakan tetapi jika ditulis juga, sudah tentu ia tidak memberih kesan apa-apa, hanya sekadar untuk memanjang-manjangkan cerita.

Di dalam kehidupan kita sehari-harian, kita sudah tentu dapat membezakan mana satukah perbualan kita yang ada kena mengena dengan diri kita atau perbualan kosong yang tidak memberikan faedah apa-apa.

Dalam erti kata lain, dialog penting ialah dialog atau perbualan yang jarang kita ucapkan ketika perbualan sehari-harian dan dailog itu pula mengandungi isi yang hendak disampaikan.

Manakala dialog kosong pula merupakan dia yang sudah biasa diucapkan seperti:

“Sudah makan?”

“Belum. Nak belanja?”

“Sudah minum?”

“Sudah, minum air kosong saja.”

“Dari mana?”

“Tak dari mana-mana. Saja jalan-jalan cari makan..”

Diharapkan, pembaca dapat membuat perbandingan. Cuba tuliskan dalam satu kertas perbezaan dialog penting dan tidak penting sebagai latihan.

TEKNIK MENULIS DIALOG

“SAYA hanya akan datang apabila dijemput,” kata Hazifah sambil menggaru-garu keningnya ketika ditanya mnenai keinginannya untuk menghadiri majlis perjumpaan itu .

Hazifah mengggaru-garu keningnya lalu berkata, “Saya hanya akan datang apabila dijemput.”

Cuba bezakan kedua-dua ayat tersebut. Bezanya hanyalah, ayat pertama, dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan. Manakala ayat kedua pula, orang yang berkata dulu dijelaskan, kemudian barulah dialog dituturkan.

Di dalam istilah penulisan novel, orang yang berkata disebut ‘pekata.’ Contoh ayat pertama di atas, biasa kita temui di dalam penulisan novel masa kini, di mana dialog dahulu dituturkan kemudian barulah dijelaskan siapa yang menuturkan.

Bagaimanapun contoh ayat kedua amat jarang dilakukan oleh penulis dalam penulisan novel masa kini. Kemungkinan mereka tidak biasa menggunakan teknik seperti ini. Tetapi jika kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran, kebanyakkan ‘pekata’ disebutkan dahulu kemudian barulah diikuti dengan dialog yang dituturkan.

Contohnya: Lalu Zulaikha berkata kepada Yusuf ,”Keluarlah! Temui perempuan-perempuan itu.” (Merujuk surah Yusuf ayat 31).

Contoh lain: Berkata Yusuf, “Dialah yang mengajak saya.” (Merujuk surah Yusuf ayat 26).

Teknik seperti ini juga berlaku kepada cerita-cerita lain di dalam al-Quran.

Apa yang membezakan di antara kedua-dua contoh ayat 1 dan ayat 2, hanya teknik sahaja manakala maksud yang disampaikan masih sama.

Tujuan perbezaan penyampaian ini ditonjolkan kerana penulis wajar untuk mencari pembaharuan atau variasi penulisan supaya pembaca tidak terasa jemu dengan teknik penulisan yang sama. Jika ditanya mengapa di dalam al-Quran, pekata diletakkan di hadapan dan dialongnya dibelakangnya, hanyalah Allah yang tahu.

Kita sebagai penulis sememangnya wajar untuk mengikuti dan mematuhi apa yang terkandung di dalam al-Quran tetapi jika dapat menggunakan teknik penulisan dalam al-Quran itu juga satu kewajaran.

Kita bukan sahaja mematuhi isi yang terkandung di dalam al-Quran tetapi juga mengikuti cara penulisan al-Quran. Jika kita sebagai penulis mampu untuk melakukan perubahan di dalam penulisan, maka kitalah yang akan menjadi pelopornya.

KEPERLUAN MENULIS DIALOG

UNTUK satu-satu babak atau adegan di dalam novel, manakah yang lebih mudah menulis menggunakan dialog atau menulis secara naratif? Persoalan ini walaupun nampak remeh dan kecil tetapi mempunyai kesan terhadap pembacaan.

Daripada kajian yang dilakukan, pembaca lebih gemar kepada novel yang ditulis dengan dialog kerana ia lebih cepat faham dan lancar serta cepat jalan cerita berbanding dengan penulisan secara naratif yakni berbentuk karangan.

Bagaimanapun ia bergantung kepada adegan yang dipaparkan. Jika sesuatu adegan itu berbentuk pertemuan, perbincangan, pergaduhan, perdebatan dan yang seumpamanya di mana lazimnya diselang-selikan dengan aksi, lebih baik ditulis dengan dialog. Ketika dialog dituturkan, penulis boleh menggambarkan apakah reaksi atau aksi watak yang terbabit.

Berbanding ketika penulis sedang membayangkan atau menuliskan mengenai isi dalaman watak yang tidak berkomunikasi dengan sesiapa, tentulah tidak wajar dituliskan dialog kerana watak berkenaan tidak bercakap dengan sesiapa kecuali jika bercakap dengan dirinya sendiri.

Sebagai contoh adegan yang tidak melibatkan watak lain kecuali watak utamanya.

Ketika Ulfah meninggalkan rumah itu, tidak ada yang difikirkan kecuali untuk mencari rumah sepupunya di sebuah taman perumahan yang tidak jauh dari situ. Tetapi masalahnya, dia sendiri tidak tahu apakah alamat rumah sepupunya itu dan dia sendiri tidak ada nombor telefon untuk dihubungi.

Ketika fikirannya berkecamuk, barulah dia menyesal kerana selama ini dia tidak pernah berniat untuk meminta nombor telefon dan alamat tempat tinggal sepupunya itu. Peristiwa yang menimpanya juga tidak pernah terlintas di fikirannya akan berlaku.

Hanya setelah dihalau keluar dari rumah itu, barulah dia teringat untuk menghubungi sepupunya. Oleh kerana tidak ada cara lain, dia hanya berpandukan nama taman tempat tinggal sepupunya. Mujur juga dia tahu nama taman tempat sepupunya tinggal, jika tidak, dia sendiri tidak tahu ke mana hendak mengadu nasib.

Sebaik sahaja sampai di jalan besar, dia segera menahan teksi dan meminta pemandu teksi itu menghantar ke Taman Seri Puteri tempat sepupunya itu tinggal. Sesampai sahaja di taman itu, Ulfah turun dari teksi dan termangu-mangu sendirian.

Dia terpaksa bertanyakan penghuni rumah di taman itu sama ada mengenali sepupunya atau tidak. Lebih daripada enam orang ditemui tetapi mereka memberitahu tidak mengenali sepupunya itu. Tetapi Ulfah tidak berputus asa. Dia akan bertanya kepada lebih ramai orang selagi tidak bertemu dengan rumah sepupunya itu.

Adegan di atas tidak banyak memerlukan dialog. Jika ada pun dialog dengan pemandu teksi atau orang-orang yang ditemui tetapi dialog seperti itu tidak perlu kerana ia akan habis di situ dan tidak akan wujud lagi pada adegan lain.

Adegan atau babak di atas tidak memerlukan dialog kerana watak tidak berkomunikasi dengan sesiapa. Manakala jika watak berkomunikasi dengan watak lain, sebaiknya gunakan menulis dengan dialog sahaja.

IKUT GARIS PANDUAN SEBELUM MENULIS

RAMAI di kalangan bakal menulis novel bertanyakan kepada saya, betapa mereka berminat menulis novel tetapi tidak tahu di mana harus bermula kerana di dalam satu masa banyak perkara yang hendak ditulis. Menurut mereka, jika hendak diturutkan, keseluruhan cerita hendak ditulis di dalam bab permulaan.

Hal ini berlaku kerana penulis tidak mempunyai garis panduan atau ‘guide line’. Apabila tidak ada garis panduan, penulis tidak ada arah mana satu yang hendak dtuls dahulu dan bahagian mana yang hendak ditulis kemudian.

Cara paling mudah ialah, tuliskan cerita anda itu bermula daripada mula sehingga akhir atau dari A ke Z. Ketika di bangku sekolah, anda sudah tentu diajar menulis karangan berdasarkan kepada pengalaman atau cerita yang diberi. Pengalaman asas itu boleh dijadikan panduan.

Kemudian pecahkan cerita itu kepada tiga bahagian.
Pertama: Bahagian permulaan.
Kedua: Bahagian tengah atau isi cerita.
Ketiga: Bahagian akhir cerita.

Bahagian permulaan, pecahkan pula kepada beberapa bab. Sebagai contoh, cerita bermula dari A sehingga J. Kemudian bahagian kedua bermula dari K sehingga R dan bahagian ketiga bermula S sehingga Z.

Kebiasaannya, bab permulaan hanya menceritakan tentang watak-watak yang akan muncul sepanjang novel itu kemudian dikembangkan sedikit demi sedikit, selain memperkenalkan siapakah watak-watak utama dan watak pembantunya.

Pada bahagian kedua penulis perlu menceritakan perjalanan cerita secara mendalam di samping mencetuskan konflik kemudian menyelesaikan secara perlahan-lahan.

Manakala pada bahagian ketiga dan terakhir, penulis perlu menyelesaikan konflik yang timbul sepanjang perlajanan novel itu. Mana-mana ada konflik dan persoalan harus diselesaikan dengan baik dan jangan ada yang tergantung kecuali jika novel itu ada lanjutannya.

Panduan rigkas ini diharapkan dapat membantu mereka yang masih teraba-raba untuk menulis novel. Jika masih kurang faham, mereka boleh mendapatkan ebook CARA MUDAH MENULIS NOVEL.

SEIMBANGKAN WATAK JAHAT DALAM NOVEL

SEBAGAIMANA tema di dalam drama dan filem, tema di dalam novel juga terdapat watak hitam atau watak jahat di samping putih atau watak baik. Apa yang menjadi persoalannya, sejauh manakah kejahatan watak-watak hitam ini perlu ditonjolkan sebelum ia dikalahkan oleh watak baik?

Menjadi kebiasaan di dalam mana-mana cereka, watak jahat semestinya akan dikalahkan oleh watak baik ketika pengakhiran cerita. Ini untuk menunjukkan konsep yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.

Untuk memantapkan sesebuah cerita d dalam novel, berapa kalikah watak-watak jahat ini memainkan peranan sebelum berjaya dikalahkan oleh watak baik? Sebagai contoh, seorang perogol, perlukah ia melakukan perbuatan seumpama itu tiga atau empat kali atau cukup sekali di samping melakukan perbuatan kejahatan yang lain, seperti merompak, menipu, memeras ugut, rasuah dan sebagainya?

Penonjolan perbuatan jahat yang berulang-ulang sebelum watak itu menyedari kesilapan adakalanya perlu dan ada kalanya tidak perlu. Ia bergantung kepada jalan cerita dan keperlan perbuatan jahatnya itu dalam cerita.

Mungkin cukup sekali watak berkenaan melakukan kejahatan seperti pembunuhan kemudian ditangkap, di penjara selepas itu insaf dan dibebaskan. Selepas dibebaskan, perlukah watak berkenaan melakukan kejahatan yang lain?

Kalau kita mengkaji cerita-cerita di dalam al-Quran kebanyakan kejahatan yang dilakukan oleh pelakunya hanya dilakukan sekali sahaja. Di dalam novel, mungkin tidak cukup dengan sekali melakukan kejahatan kemudian watak itu di cop sebagai penjenayah. Bagaimanapun di dalam dunia realiti, kejahatan banyak dilakukan berulangkali oleh pelakunya sebelum dia insaf dan menjadi ahli masyarakat yang berguna.

Bagaimanapun di dalam penulisan novel, jangan terlalu menggambarkan kejahatan yang terlampau seolah-olah kita menggalakan perbuatan kejahatan walaupun sebenarnya tujuan penulis hanya mahu menggambarkan betapa watak berkenaan memang terlalu jahat.

Sebagai penulis, kita wajar untuk menseimbangkan keperluan watak jahat supaya jangan berlebihan sebaiknya tonjolkan perbuatan kebaikan kerena novel diibaratkan sebagai mendidik dan bukan pendorong kepada perlakuan kejahatan.

APA FUNGSI BAB AKHIR NOVEL

KEPENTINGAN bab-bab akhir atau klimaks novel rasanya tidak perlu untuk diperkatakan lagi kerana mereka yang sudah mengenali ciri-ciri sesebuah novel pasti tahu apakah fungsinya. Bagaimanapun ada baiknya, kita imbas semula perlajaran ini supaya kita tidak terlepas mengetahui kepentingan bahagian bab-bab akhir sesebuah novel.

Bahagian akhir novel merupakan benteng terakhir plot sesebuah novel. Sebelum menghampiri ke bab-bab akhir, pastikan dahulu segala persoalan dan konflik pada bab-bab yang lepas diselesaikan satu persatu, jangan sampai ada yang tertinggal.

Sekiranya ada konflik atau persoalan yang tidak terjawab, ini akan menyebabkan pembaca kurang berpuas hati. Pihak editor yang penyunting manuskrip ini pasti akan dapat mengesan ada konflik atau persoalan yang tidak diselesaikan kecuali sengaja dibiarkan dengan niat novel itu akan bersambung.

Oleh kerana bahagian akhir juga merupakan jambatan di antara bab tengah dengan bab akhir, pastikan tidak ada lubang-lubang yang sengaja dibiarkan. Ini akan mencacatkan plot cerita.

Bagaimana cara penulis menyelesaikan novelnya, itu bergantung kepada kebijaksanaan penulis. Ada sesetengah penulis sengaja mahu menggantung cerita dengan harapan, pembaca akan berfikir sendiri mencari jawapannya.

Ada juga juga penulis yang mengakhiri novelnya dengan ‘happy ending” di mana segala konflik dan persoalan dijawab dengan sebaik mungkin. Manakala watak hitam pula menerima pembalasan akibat perbuatannya sementara watak putih yang pada mulanya menerima tekanan akhirnya mencapai kemenangan.

Ada juga penulis yang mengakhiri cerita dengan babak kesedihan dengan harapan mendapat simpati pembaca. Bagaimana pun semua itu bergantung kepada cerita novel itu sendiri, adakah ia wajar ditamatkan dengan cara yang sudah diduga oleh pembaca atau sebaliknya.

FUNGSI BAB TENGAH NOVEL

SEBAGAIMANA bab awalan, bab-bab pada bahagian tengah novel juga ada kepentingannya. Apakah kepentingan itu? Kita cuba kaji satu persatu.

Sama ada disedari atau tidak, kebanyakan penulis mengabaikan kepentingan bab tengah novel kerana memberi lebih tumpuan kepada awalan dan klimaks (akhir) novel.

Perlu diingatkan, kepentingan cerita pada bab-bab tengah bukanlah hanya sekadar sebagai pelengkap novel yakni ada awal, tengah dan klimaks sahaja. Ia sama pentingnya dengan bahagian depan dan belakangnya.

Sebagai contoh jika novel berkenaan mempunyai 30 bab. Bab 1 -10 merupakan bab awal. Manakala bab 11 – 21 merupakan bab pertengahan sementara bab 22 – 30 merupakan bab akhir atau klimaks.

Secara amnya bahagian tengah novel diumpamakan sebagai puncak konflik yang sering membawa keregangan di mana bermula dari sini, tolakan akan berlaku kepada bab-bab seterusnya sehingga klimaks.

Pada bahagian pertengahan ini perkembangan watak utama sudah nampak jelas sama ada dari segi sikap dan tindakannya. Manakala bab-bab seterusnya akan mendedahkan keseluruhan perkembangan watak dan perkembangan isi cerita.

Watak-watak sampingan pada peringkat ini juga perlu selaras dengan perkembangan watak utamanya.

Jika pada bab awalan, tetamu dibawa untuk singgah di ruang tamu, pada bab pertengahan ini tuan rumah (pengarang) akan membawa tetamu (pembaca) masuk lebih dalam ke seluruh isi rumah, bahagian tengah, bilik mandi dan bahagian dapur.

Membawa pembaca menyelami isi cerita sebelum ke bahagian akhir, ibarat mambawa tetamu melihat sekitar isi ruang rumah. Seandainya tetamu berasa teruja dan berasa dihargai oleh tuan rumah, sudah tentu tetamu kemungkinan akan bermalam di rumah itu.

FUNGSI BAB AWAL DALAM NOVEL

IBARAT pentingnya pintu di dalam sesebuah rumah, begitulah juga pentingnya bab permulaan bagi sesebuah novel. Oleh kerana pintu merupakan tempat untuk tetamu masuk ke dalam rumah, bab permulaan juga ibarat pembaca yang mahu membaca novel itu.

Secara ironinya bab awalan lebih merupakan daya tarikan pembaca untuk terus membaca novel berkenaan sehingga ke akhirnya. Ia juga lebih merupakan dekorasi ruang tamu untuk sesebuah rumah. Jika ruang tamu kemas, bersih, cantik, harum dan susuan perabot tersusun rapi sudah tentu tetamu yang datang akan duduk lama di ruang tamu.

Tetapi jika ruang tamu berselerak, kotor, tidak pernah dikemas, perabot berhabuk, sudah tentu tetamu yang datang akan segera beredar kerana situasi begitu tidak menyenangkan.

Dekorasi di ruang tamu yang kemas juga akan menggambarkan keseluruhan isi rumah berkenaan di mana sudah tentu setiap ruang rumah itu dalam keadaan bersih, cantik dan sedap mata memandang.

Tetapi jika melihat setting di ruang tamu yang kotor dan berselerak, tetamu akan beranggapan tuan rumah tidak begitu mementingkan kebersihan.

Begitu juga apabila membaca bab awalan novel, tidak ada satu daya tarikan, sudah tentu pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan sehingga akhir novel itu. Kita harus ingat, pembaca mengeluarkan modal untuk memiliki novel tersebut tetapi apabila membacanya, seolah-olah tidak ada apa yang menarik dan berasa tertipu.

Sama juga halnya dengan kita yang ingin menginap di hotel, kita mengeluarkan belanja untuk bermalam di hotel dengan harapan bilik hotel kemas, cantik, bersih, harum bilik mandi serta cukup dengan kelengkapan.

Perlu diingatkan apabila membaca bab awalan sesebuah novel, pastikan apakah yang hendak disampaikan oleh pengarangnya. Adakah pengarangnya mahu memperkenalkan watak-wataknya atau mahu memperkenalkan konflik di dalam novel itu?

Gambaran yang diberikan itu dapat dibuat kesimpulan bahawa pengarangnya akan menonjolkan salah satu daripada yang disebutkan itu. Oleh yang demikian, pengarang perlu memberikan gambaran awal supaya pembaca dapat dipandu, ke arah mana pengarang mahu membawa pembaca menyelami isi novel.

Jangan biarkan pembaca tercari-cari apakah sebenarnya yang mahu disampaikan oleh pengarang. Ada beberapa cara pengarang memulakan menulis novel. Ada yang terus dengan prolog, monolog dan imbas kembali.

Tidak salah pengarang menggunakan cara seperti itu tetapi sebaik-baiknya biarlah pengarang itu mahir. Bagi mereka yang baru hendak menulis novel, ada baiknya menggunakan cara yang biasa. Menulis mengikut kronologi.

Prolong lazimnya ditulis sebagai permulaan cerita yang tidak mengikut susunan keseluruhan cerita. Imbas kembali pula ditulis pada awalan cerita, di mana bab-bab seterusnya ditulis mengikut cerita yang telah berlaku.

Sebagai contoh, bab awalan, watak A sedang menaiki keretapi menuju ke satu destinasi jauh untuk membawa diri. Sepanjang perjalanan di dalam keretapi, watak A terkenangkan apa yang telah berlaku sehingga menyebabkan dia membawa diri.

Kemungkinan watak A kecewa dengan sikap orang-orang di sek ekeliling apabila menyedari dia bekas banduan yang ingin memulakan hidup baru di kampung halamannya. Walaupun sudah insaf, penerimaan masyarakat sekeliling membuatkannya terpaksa berhijrah ke tempat lain.

Kebiasaannya novel seperti ini ditulis oleh mereka yang sudah mahir menulis novel dan ingin kepelbagaian teknik dalam penulisan novelnya. Kemahiran adalah penting untuk mengolah cerita seperti ini supaya pembaca tidak berasa keliru dan bingung.

FORMULA SIAPKAN NOVEL DALAM MASA SEBULAN

SEORANG editor novel meminta anda menyiapkan sebuah novel dalam masa sebulan yang tebalnya sekitar 300 halaman ke atas. Editor berkenaan sudah menggariskan secara kasar ciri-ciri novel yang dimahukan. Mampukah anda menulisnya? Penulis yang sudah biasa menulis novel, mungkin tidak menjadi masalah tetapi bagaimana jika anda baru sebuah dua menghasilkan novel?

Anda boleh menerima dan anda boleh menolak jika anda tidak yakin boleh menyiapkannya. Anda boleh menerimanya atas beberapa sebab.
1. Anda yakin mampu menyiapkannya kerana anda pernah mencubanya.
2. Anda sudah tahu bagaimanakah cara menulis dengan cepat dan mudah.
3. Anda penulis sepenuh masa.
4. Anda sudah ada cerita dari awal sehingga akhir.
5. Anda sudah ada formula bagaimana untuk menyiapkan novel itu dalam tempoh yang ditetapkan.

Apakah formula untuk menyiapkan novel berkenaan da;lam tempuh sebulan? Cuba gunakan teknik ini.

Katakan novel anda itu tebalnya 350 Halaman. Anda sudah merangka untuk menjadikan novel itu 40 bab. Ini bermakna, Ini bermakna 350 bahagi 40, jawabnya satu bab mengandungi 8.75 (9 halaman).

Satu bulan ada 30 hari. Bermakna setiap hari, anda perlu menyiapkan sekurang-kurangnnya 1 bab setengah. Untuk lebih mudah, tulis 2 bab sehari. Tidak bolehkah anda menulis 2 bab sehari yang mengandungi 18 halaman?

Dalam masa sebulan jika anda menulis 2 bab sehari bermakna, anda mampu menyiapkan novel sebanyak 40 bab dalam masa 20 hari. (20 hari X 2 bab sehari = 40 bab). Ini bermakna novel anda sudah siap dalam masa 20 hari.

Sesudah novel anda siap, anda masa 10 hari untuk menghantar kepada editor. 10 hari anda gunakan untuk membaca semula, mengedit atau membuat perubahan jika perlu.
Apa yang penting sekali di sini ialah disiplin. Jika anda dapat pastikan menyiapkan 2 bab sehari, anda sudah berjaya melakukannya. Cuba cabar diri anda sendiri untuk melakukannya!