PREVIEW BUKU

CARA MUDAH MENULIS NOVEL

 

JUDUL: CARA MUDAH MENULIS NOVEL

PENULIS: MUHD NASRUDDIN DASUKI

TERBITAN: MND PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS

TAHUN TERBIT: 2017

HARGA: RM 25.00

KEPADA mereka yang sedang tercari-cari sebuah buku panduan bagaimana mahu menghasilkan novel dengan cara yang mudah, inilah bukunya. Buku CMMN ini sememangnya dikhaskan untuk mereka yang baru hendak menulis bukan untuk mereka yang sudah menghasilkan novel.

            Buku ini merupakan asas menulis novel dan mengetahui asas itu penting sebelum anda mula menghadap laptop. Tanpa ada asas mungkin agak sukar bagi anda untuk menghasilkan novel. Kita tidak boleh menulis novel mengikut pemahaman kita. Akibatnya nanti apabila novel dihantar ke penerbit, novel ditolak dengan pelbagai alasan.

             Menulis novel bukan boleh siap dalam seminggu dua. Ia memakan masa dan memerlukan kesabaran dan minat mendalam. Tanpa minat dan kesabaran, novel akan terbengkalai di tengah jalan. Inilah yang sering terjadi.

             Buku ini dibahagikan kepada dua. Pada bahagian pertama, pembaca akan diperkenalkan dengan apa itu novel, mengapa mesti membaca novel, mengapa pembaca cepat bosan sedangkan baru membaca dua atau tiga halaman, apa sebenarnya yang pembaca mahukan dan banyak lagi.
Bahagian kedua buku ini, pembaca akan diperkenalkan kepada tajuk-tajuk penting di antaranya:

1. Tujuan mengarag novel
2. Definasi novel
3. Tema, plot, contoh plot plot, watak, latar dan sudut pandangan.
4. Dijelaskan juga mengenai gaya bahasb Gaya peneritaan, gaya olahan,
5. Panduan memilih tajuk
6. Bagaimana mahu mendapatkan bahan cerita
7. Memproses bahan
8. Menydiakan sisnopsia dan banyak lagi.

           Buku ini tidak tebal dan tidak terlalu nipis, ia mudah dibawa ke mana-mana jika ingin membuat rujukan. Di sertakan dengan bahasa yang mudah dan cara penyampaiannya santai.

           Apa yang menariknya kata pengantar ini ditulis oleh Prof. Dr. Madya Mawar Safei, Pensyarah Pusat Penyelidikan Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

SEINDAH SABDA RASUL

 

JUDUL:  SEINDAH SABDA RASUL

PENULIS: MUHD NASRUDDIN DASUKI

PENERBIT: KARYA BESTARI SDN BHD

KATEGORI: MOTIVASI ISLAMIK

TAHUN TERBIT: 2017

HARGA RM 28.00

 

SEINDAH SABDA RASUL  menghimpunkan 65 hadis  terpilih Rasulullah SAW. Kesemua hadis yang dipilih ini  tergolong dalam hadis yang memberikan motivasi.

         Setiap hadis yang lahir dari bibir baginda bukanlah untuk menyusahkan umatnya. Sebaliknya ia memberikan panduan, pesanan dan motivasi yang sangat berguna terutamanya ketika kita berhadapan dengan pelbagai masalah.

       Kehebatan Rasulullah SAW menerapkan kata-kata motivasi bukan sahaja menjadi rujukan para sahabat malah kata-katanya amat berkesan dan memberikan semangat.

          Mereka yang tidak bersemangat dan tidak yakin untuk menjalani kehidupan yang berliku ini wajar menjadikan buku ini sebagai teman rapat.

         Kehidupan kita pasti akan berubah sekiranya kita mampu mengamalkan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang seperti apa yang dinyatakan di dalam hadis-hadis ini.

         Di antara tajuk menarik dalam buku ini ialah:

1.Kaya di dunia fakir di akhirat

2.Menangislah kerana Allah.

3.Berebut harta di dunia jauh dari syurga

4.Istighfar kunci solusi

5.Berusahalah jangan meminta-minta

6.Syukur menambah berkat

7.Mewah itu sebenarnya ujian

8.Balas kebaikan dengan doa

9.Mengapa hati selalu gelisah

10.Jaga mata jagalah hati

        Bahasa yang digunakan dalam bku sangat mudah difahami dan disampaikan secara santai bukan untuk mengajar tetapi lebih mengajak ke arah kebaikan.

 

1OO AMALAN SUNNAH RASULULLAH

 

Buku: 100 Amalan Sunnah Rasulullah

Penulis: Mohd Nasruddin Dasuki

Penerbit: Karya Bestari

HARGA RM 30.00

TEBAL:  280 HALAMAN
ISBN: 978-967-86-0703-2

SEBENARNYA dalam kehidupan Rasulullah SAW, terlalu banyak sunnah yang dilakukannya. Jika kita hendak melakukan kesemuanya mungkin kita tidak mampu. Walaupun kita tidak mampu untuk melakukan kesemuanya, tidak wajar pula kita meninggalkan langsung.

          Buku ini mengandungi 100 Amalan Sunnah Rasulullah yang sewajarnya kita mampu melakukannya.

              Buku ini dibahagikan kepada 10 bab dan setiap bab merupakan amalan-amalan dalam beberapa perkara tertentu. Umpama dalam bab puasa, apakah amakan Sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan pada bulan berkenaan.

              Kemudian dalam bab solat, bab makan, bab menyambut hari raya, bab meraikan syawal, bab tidur, bab berdoa dan sebagainya. Kita sebenarnya tidak terlepas daripada melakukan beberapa perkara dalam bab yang disebutkan itu. Tetapi kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari apa yang dilakukan itu sebenarya Sunnah Rasulullah SAW.

             Malah kadang-kadang kita sendiri juga tidak menyedari apa yang kita lakukan itu sebenarnya bukan Sunnah Rasulullah SAW tetapi kita melakukannya kerana orang lain melakukannya atau sudah menjadi kebiasaan sehari-hari.

             Sebagai contoh, kita akan makan buah selepas kita makan nasi. Itu bukan Sunnah Rasulullah SAW kerana Rasulullah SAW akan memakan buah dahulu kemudian memakan makanan yang mengenyangkan. Baginda akan berhenti makan sebelum kenyang tetapi kita, selagi makanan boleh masuk ke dalam perut, selagi itulah kita akan menyumbat ke dalam mulut.

             Menariknya di dalam buku ini, selain menerangkan amalan-amalan sunaah, diterangkan juga mengapa Rasulullah SAW melakukan sedemikian. Maksudnya sesuatu amalan yang dilakukan ada sebab musababnya.
Sebagai contoh, Rasulullah SAW tidak menggalakan tidur selepas solat Subuh kerana ada sebabnya. Di antaranya perbuatan itu akan menyebabkan seseorang menjadi malas, terhalang rezeki, mendapatkan penyakit, melemahkan syahwat dan beberapa perkara lagi.

            Untuk mengelakkan tidur selepas solat subuh terutamanya pada hari tidak bekerja, kita digalakan membaca al-Quran, bekerkebun jika ada kebun, berjogging untuk menyihatkan badan, mengikuti kuliah-kuliah subuh sementara menunggu hari siang dan bersarapan.

          Naskhah 100 Amalan Sunnah Rasulullah SAW ini memberi panduan kepada kita untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW tanpa mengira masa dan tempat.

          Andai tidak mampu mengamalkan semua amalan sunnah Nabi SAW, jangan pula terus meninggalkannya. Ayuh, kita jadikan sunnah Rasululullah ini sebagai sahabat sepanjang zaman!

Antara kandungan menarik:
● Banyak bersedekah melapangkan rezeki
● Solat Tahajud: Menguji ketaatan insan
● Banyakkan beristighfar dan berselawat
● Sebarkan salam tambah kemesraan
● Berbakti kepada anak-anak yatim
● Makan jangan sampai kenyang
● Mengutip makanan yang jatuh
● Berdoa ketika angin bertiup
● Mentahnik bayi baru lahir
● Tidak mencela makanan

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *